Baru-baru ni ada banyak carian berkenaan bidang pengajian yang susah dapat kerja masuk ke blog saya. Jadi saya pun buat sedikit kajian di Google search untuk melihat input yang tersedia dicarian.
Hasil dari carian, saya petik 5 artikel dari website berikut:
Di antara kelima artikel tersebut, Afterschool, Edubestari dan Xpresi memetik statistik dari Jobstreet. Berdasarkan statistik tersebut, dinyatakan 10 bidang pengajian yang susah dapat kerja. Tapi antara 10 bidang tersebut, disenarai paling tinggi ialah Political Science, Humanities/Liberal Arts dan Science & Technology
Statistic ini adalah berdasarkan data graduan dari tahun 2014 sehingga 2016.
Manakala artikel Berita Harian pada 2019 pula memetik, tiga bidang pengajian iaitu Pengajian Islam, Sains Sosial dan Sains Tulen, menjadi penyumbang terbesar terhadap isu pengangguran negara terutama dalam kalangan siswazah Melayu.
Walau bagaimana pun, Illuminasi pada 2017 menyenaraikan 6 bidang pengajian yang susah dapat kerja iaitu pengurusan perniagaan, sains gunaan, pengurusan sumber manusia, perakaunan, seni dan sains sosial.
Benarkah Artikel Bidang Pengajian yang Susah dapat Kerja Tersebut Masih Relevan?
Berdasarkan penulisan artikel-artikel tersebut, data yang dirujuk adalah bermula dari tahun 2014 hingga 2019. Sejak tahun 2020 sehingga ke hari ini, corak pekerjaan dan industri telah banyak berubah setelah pandemik Covid-19 melanda negara.
Kita menyaksikan beberapa industri menerima tamparan hebat sehingga ada yang terpaksa menutup perniagaan. Saya ada kongsikan dalam artikel ini, Kerjaya yang paling kurang terjejas ketika PKP.
Dalam artikel tersebut saya kongsikan beberapa bidang yang paling kurang terjejas antaranya bidang yang beroperasi secara digital dan bidang yang berkaitan penjagaan kesihatan dan insuran.
Berbalik kepada senarai bidang pengajian yang susah dapat kerja dari beberapa website yang saya senaraikan tadi, ternyata bidang sains dan teknologi kembali menjadi tumpuan pada masa sekarang dan akan datang.
Ini kerana, apa pun jenis perniagaan yang ingin kekal bersaing ketika waktu pandemic dan kehadapan, perlu mendominasi dan beroperasi secara digital!
Kebanyakan industri juga cuba untuk mengurangkan bebanan kos operasi dan salah satu caranya adalah dengan mengurangkan pekerja. Mereka tidak perlukan pekerja lagi sekiranya setiap proses boleh dijalankan menggunakan robot, mesin dan sistem.
Jadi keperluan untuk membangunkan teknologi akan menjadi keutamaan. Lihat sahaja sistem perbankan, kedai online dan kilang-kilang yang menggunakan automasi dan mesin, mereka tidak lagi memerlukan operator untuk melaksanakan kerja.
Bidang Pekerjaan yang Independent
Bagaimana pula dengan bidang lain seperti Sains Politik, Pengajian Islam, Sains Sosial, Perakaunan dan lain-lain?
Untuk kita kenalpasti prospek kerjaya dalam sesuatu bidang, saya lebih cenderung untuk menilai tentang tahap independent sesuatu pekerjaan tersebut. Dalam erti kata lain, adakah sesuatu pekerjaan tersebut perlu bergantung kepada majikan, atau sebaliknya.
Kita ambil contoh pekerjaan sebagai akauntan. Selepas tamat belajar, graduan dalam bidang akauntan perlu bekerja dengan syarikat. Kebanyakan syarikat akan menggunakan khidmat akauntan untuk menguruskan soal kewangan syarikat mereka.
Jadi pekerjaan sebagai akauntan perlu bergantung dengan kewujudan peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh syarikat. Sekiranya tiada peluang, maka tiada pekerjaan.
Tak mungkin ada akauntan jika tiada syarikat. Jadi bidang pekerjaan seperti ini saya kategorikan sebagai bidang pekerjaan yang dependent. Antara contoh lain adalah jururawat, doktor, jurutera, arkitek, juru bahasa.
Contoh lain. Pekerjaan dalam bidang photography atau graphic design. Pada pendapat saya pekerjaan sebegini boleh bersifat independent dan boleh tidak.
Anda boleh memilih untuk bekerja sebagai photographer di mana-mana syarikat yang memerlukan khidmat photographer atau anda boleh memilih untuk bekerja sendiri sekiranya tiada peluang pekerjaan.
Satu lagi contoh dalam bidang pertanian dan agriculture. Anda tak perlu bekerja dengan syarikat. Anda cuma perlukan kerajinan dan sedikit kreativiti.
Bidang Pengajian dan Adaptasi dalam Kehidupan
Berkait dengan bidang pekerjaan yang independent, adaptasi bidang pengajian dalam aspek-aspek kehidupan merupakan satu survival penting kepada kerjaya anda.
Sehubungan dengan itu, daya dan tahap kreativiti adalah sangat penting untuk menentukan kejayaan anda.
Anda berupaya menukar bidang pengajian yang bergantung dengan peluang pekerjaan kepada pekerjaan yang independent.
Saya ambil contoh sekiranya anda belajar bidang bahasa, anda boleh bekerja dengan mana-mana agensi yang menggunakan bahasa sebagai perniagaan. Contohnya menulis artikel, menterjemah dan sebagainya.
Walau bagaimana pun, anda boleh bekerja sendiri dengan menggunakan platform media sosial. Anda boleh memuatnaik video tutorial atau kandungan pelajaran berdasarkan bahasa yang anda pelajari.
Malahan content yang berbentuk tips, petua berupaya untuk menjadi tular dalam masa yang singkat melalui penyampaian yang kreatif.
Anda boleh berkongsikan kepakaran anda kepada masyarakat, malahan keseluruh dunia dan menjana pendapatan menerusi Facebook, Tiktok, Youtube dan sebagainya.
Anda cuma perlu kreatif menyampaikan kepakaran anda kepada masyarakat.
Sum-up
Sememangnya jika dilihat dari statistik, beberapa bidang agak meragukan untuk diceburi. Walau bagaimana pun, saya sarankan kajian terperinci perlu dibuat. Jangan semata-mata merujuk kepada beberapa pendapat atau statistik yang sudah tidak relevan.
GIPHY App Key not set. Please check settings