in

Cara Buat Blog – Bina Hartanah Maya Anda Hari Ini

Sehari dua ni, ada beberapa kenalan di Facebook bertanya cara buat blog dan tips untuk memulakan blog. Jadi hari ni saya nak kongsikan sedikit sebanyak pengalaman saya dalam dunia blogging dan bagaimana laman blog boleh jadi hartanah maya.

Sebelum kita pergi lebih jauh berkenaan laman blog, kita kena tahu terlebih dahulu apa itu blog.

Blog merupakan laman web yang dibina atas tujuan berkongsi apa sahaja maklumat dan pandangan yang memfikuskan kepada topik tertentu. Kata asal blog adalah daripada perkataan web log.

Web log adalah ruang di internet di mana pemiliknya menulis cerita atau perkongsian berkenaan apa-apa topik yang diinginkan. Biasanya topik yang ditulis adalah berdasarkan pandangan peribadi dan pengetahuan penulis.

Sejak awal tahun 2000, blog semakin popular melalui platform Web 2.0 seperti Blogspot dan WordPress. Platform ini menyediakan ruang bagi sesiapa sahaja untuk memiliki blog sendiri. Sejak dari itu, penggunaan blog sebagai laman penyebaran dan perkongsian maklumat semakin berkembang.

Ada antara penulis berkongsi berkenaan hiburan, sukan, dan pelbagai bentuk ilmu yang bermanfaat dan tidak kurang juga sebagai ruang meluahkan isi hati.

Walau bagaimana pun, platform WordPress lebih fleksibel dan mempunyai banyak kelebihan berbanding Blogspot. Jadi kebanyakan blog yang ada hari ini adalah berasaskan WordPress.

Antara blog yang popular adalah seperti TechCrunch, Mashable, Gizmodo dan banyak lagi. Blog-blog ini berkongsi pelbagai cerita dan topik. Pada asalnya blog dimiliki oleh orang perseorangan sahaja.

Walau bagaimana pun, keperluan menghasilkan content memerlukan komitmen yang tinggi, ramai di antara penulis bergabung dan mewujudkan satu laman blog dan menghasilkan pendapatan yang lumayan.

Cara Buat Blog yang Betul Sehingga Menjadi Hartanah Maya

Laman blog satu ketika dahulu hanya dipandang sebelah mata sahaja. Tak ramai yang merasakan blog akan menjadi satu platform yang penting ketika ini. Walau bagaimana pun sebaliknya berlaku. Blog pada ketika ini mampu menjadi medium bagi menjana pendapatan yang sangat lumayan bagi mereka yang tahu cara buat blog dengan betul.

Bahkan ramai yang mula memberikan perhatian dan belajar cara buat blog setelah mengetahui potensinya.

Bagaimana blog boleh menjadi sumber untuk menjana pendapatan? Ada banyak kaedah bagi menghasilkan pendapatan melalui blog. Antaranya ialah melalui iklan seperti Google Adsense, affiliate, dropship, paid review dan banyak lagi.

Kaedah tersebut memang sangat popular dan telah pun terbukti berkesan. Walau bagaimana pun sebelum blog anda boleh menghasilkan pendapatan, ada satu kriteria yang wajib ada pada blog anda iaitu traffic.

Traffic ialah pelawat yang mengunjungi dan meluangkan masa di blog anda. Traffic merupakan nyawa kepada blog anda. Sekiranya tiada traffic, blog anda hanyalah satu medium yang tidak berfungsi dengan betul.

Blog seperti sebidang tanah yang anda usahakan. Contohnya anda tanam buah-buahan. Buah-buahan ini merupakan content blog anda. Boleh jadi buah yang ramai orang suka seperti durian, mangga harum manis dan sebagainya. Boleh jadi buah yang orang tidak suka atau tidak banyak permintaan seperti buah salak, ciku dan sebagainya.

Bila tanah anda dah banyak buah, pasti akan ada pembeli dan permintaan untuk buah-buah anda. Jika buah tersebut popular, akan ada persaingan yang hebat dari pekebun-pekebun yang lain dan mungkin buah anda sukar untuk dijual.

Jadi pemilihan jenis buah apa yang hendak ditanam adalah sangat penting. Kemudian kaedah penanaman dan penjagaan pula memainkan peranan contohnya memasang pagar, membaja dan sebagainya.

Itu cuma metafora yang saya dapat gambarkan supaya anda lebih jelas berkenaan cara buat blog yang betul. Apabila anda dah ada blog yang mempunyai traffic, ada pelbagai cara untuk menjana pendapatan.

Bagaimana Hendak Bermula?

Sebelum bermula, anda perlu tahu tips dan langkah yang betul. Tips dan teknik ini saya gunakan sejak dari awal pembabitan saya dalam dunia blog dan masih boleh diguna pakai sehingga ke hari ini.

Topik

Topik atau niche merupakan perkara yang sangat penting dalam pembinaan sesebuah blog. Topik adalah asas yang menentukan kejayaan blog anda. Anda perlu membuat pilihan topik yang betul. Sebaiknya topik yang anda minat dan anda boleh bersembang berkenaan topik tersebut sampai esok pagi.

Sebagai contoh, saya berkerja sebagai pensyarah di KPTM dan saya ingin memberikan kesedaran supaya lebih ramai masyarakat di luar tahu tentang KPTM dan kelebihan pinjaman MARA yang ditawarkan. Jadi saya mewujudkan blog ini dan bercerita topik-topik yang berkaitan dengan sambung belajar dan kerjaya.

Dalam masa yang sama juga saya mempunyai minat dalam bidang internet marketing. Saya mempunyai pengalaman sejak tahun 2011 dalam bidang ini. Jadi saya selitkan topik berkaitan internet marketing bagi membantu mereka yang ingin tahu cara buat blog dan cara untuk menjana pendapatan secara online.

Walau bagaimana pun saya sarankan untuk fokus kepada satu topik sahaja untuk permulaan dan jangan campur aduk kandungan blog anda.

Keyword Research

Keyword research merupakan bahagian yang sangat kritikal dalam menghasilkan content sesebuah blog. Setelah mengenalpasti fokus blog anda, anda perlu kenal pasti artikel yang akan anda hasilkan. Anda perlu tulis artikel yang ada carian di Search Engine.

Apabila seseorang ingin mendapatkan maklumat tentang sesuatu perkara, mereka akan menggunakan enjin carian seperti Google, Yahoo. Mereka akan memasukkan keyword untuk mencari maklumat lanjut.

Keyword yang popular adalah keyword yang banyak carian per bulan. Anda perlu pilih keyword yang banyak carian dan elakkan dari memilih keyword yang tidak dicari.

Dalam contoh di atas, saya menggunakan extension Uber Suggest pada browser Chrome. Uber Suggest merupakan tool yang bagus untuk membuat kajian keyword. Anda boleh lihat berapa carian bagi sesuatu keyword dan jumlah CPC (kos iklan) bagi setiap keyword.

Dari situ anda tahu sama ada berbaloi atau tidak untuk anda menghasilkan artikel menggunakan keyword tersebut.

Uber Suggest merupakan tools premium, jadi anda perlu melanggan. Kalau tak langgan pun, anda masih boleh daftar dan guna secara percuma. Walau bagaimana pun, ianya mempunyai had penggunaan. Selain Uber Suggest, anda boleh cuba Google Keyword Planner. Tools ini juga sangat popular dan boleh dipercayai.

Cari sebanyak mungkin keyword yang anda boleh gunakan untuk membina artikel. Satu keyword bagi satu atau dua artikel yang berbeza.

Setup Blog

Bahagian ini agak teknikal. Sebelum bermula anda perlu tahu sedikit sebanyak berkenaan terma yang saya akan sampaikan.

Hosting – Sekiranya anda ingin menggunakan self-hosted blog seperti WordPress, anda perlukan hosting. Hosting merupakan server yang akan menempatkan fail website anda. Jadi website anda akan sentiasa boleh dicapai oleh pelawat. Anda juga boleh menggunakan hosted blog seperti blogger. Namun saya tidak sarankan untuk jangka masa panjang.

Terdapat beberapa jenis web hosting iaitu shared hosting, VPS dan WordPress hosting. Untuk permulaan, saya sarankan anda untuk melanggan shared hosting sahaja kerana harganya lebih murah.

Domain Domain merupakan alamat kepada blog anda. Seperti blog saya yang beralamatkan hanisharun.my. Domain perlu dibeli dan biasanya berharga RM50 ke RM70 setahun. Ada pelbagai jenis domain iaitu .com, .net, .org dan lain-lain. Sebaiknya cuba gunakan .com. Jika beli domain, pastikan anda cari provider yang boleh berikan SSL. SSL ialah secure socket layer dan biasanya ada gambar pad lock sebelum nama domain anda pada browser.

Ada banyak hosting provider sama ada dalam atau luar negara yang anda boleh pilih mengikut spesifikasi yang anda perlukan. Sekiranya anda target pelawat luar negara, mungkin anda boleh langgan hosting seperti Hostgator, Dreamhost.

Saya menggunakan GB Network untuk kebanyakan blog saya. Sebelum ini saya banyak menggunakan hosting luar negara, namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini service mereka agak teruk dan kelajuan website juga tidak memuaskan.

Setakat ini, GB Network adalah hosting provider dari Malaysia ysng terbaik pada saya. Pakej hosting yang lebih murah, server pun laju dan yang paling penting support mereka memang terbaik. Kalau ada masalah boleh terus Whatsapp je.

Untuk permulaan, pakej yang paling murah pun dh memadai iaitu RM120. Kemudian tambah domain name blog anda. Yang penting setiap domain yang anda beli dan host di GB Network ada dapat SSL percuma.

Total kos permulaan pada saya untuk setup ialah RM220 untuk hosting + upgrade storage + domain + domain privacy. Domain privacy penting supaya maklumat pada domain anda tidak terdedah. Saya pernah beli domain tanpa daftar privacy, lepas beli je, terus dapat macam-macam email tawarkan servis untuk bina website dari tah mana-mana orang.

Kalau anda berminat, boleh tengok pakej mereka di sini: GB Network Hosting

Install WordPress – Selepas selesai urusan pembelian hosting dan domain, anda perlu install WordPress pada hosting anda. Log masuk ke akaun cpanel anda. Caranya, tambah perkataan cpanel selepas nama domain anda.

Contohnya domain.com/cpanel.

Kemuadian pergi ke bahagian Software dan pilih WordPress Manager.

Saya akan cover berkenaan setup WordPress dalam artikel akan datang.

Page dan Post

Setelah selesai setup WordPress, cipta beberapa page untuk blog anda. Page yang paling penting ialah About, Contact dan Privacy Policy. Terangkan maklumat berkaitan tujuan blog, siapa anda dan bagaimana untuk menghubungi anda. Ini penting bagi membina kepercayaan pelawat.

Search Engine Optimization

SEO merupakan perkara yang sangat penting dalam memastikan blog anda boleh survive dalam jangka masa yang panjang. SEO adalah cara percuma untuk membawa pelawat ke blog anda. Ada dua jenis SEO iaitu On Page dan Off page. Cerita berkenaan SEO ni agak panjang dan saya akan cover dalam artikel lain.

Keep the Blog Update and Consistency

Part ini merupakan part yang paling susah. Ramai yang semangat untuk buat blog namun tak ramai yang mampu untuk teruskan. Berdasarkan pengalaman saya, 70% akan give up selepas dua bulan. Mula-mula memang bersemangat belajar cara buat blog, namun bila tiba masa untuk tambah artikel, mereka akan putus asa.

Saya pesan siap-siap, blog tidak akan menjadikan anda kaya dalam sekelip mata. Jumlah traffic ke blog tidak akan naik secara mendadak dalam seminggu dua. Proses yang natural akan ambil masa yang lama. Jadi anda perlu sabar walau pun hasilnya belum nampak.

Teruskan menulis content dan sentiasa kemaskini blog anda.

Written by Hanis Harun

Muhd Hanis Harun is a staff of Kolej MARA Poly-Tech (KPTM) who works as a System Developer in the Information Technology Department, KPTM Headquarters starting in early 2020. Previously, he served as a lecturer in Software Engineering at KPTM Batu Pahat Branch, since 2008.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

GIPHY App Key not set. Please check settings

    Graphic Design

    Graphic Design – Kerjaya Ideal atau Sebaliknya?

    computer science vs information technology

    Computer Science vs Information Technology