in

Cara Daftar dan Tebus Kredit e-Tunai RM100

Permohonan dan Syarat Kelayakan Kredit e-Tunai RM100 Rakyat berpendapatan RM100,00 Setahun dan ke Bawah. Bilangan penerima yang layak dianggarkan melebihi 10 juta rakyat iaitu merangkumi golongan B40 dan M40 dengan dana sekitar RM1 bilion.

Kerajaan bersetuju untuk menawarkan kredit etunai sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif pemberian itu susulan melihat kepada kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat di negara ini.

“Bilangan penerima yang layak dianggarkan melebihi 10 juta rakyat iaitu merangkumi golongan B40 dan M40 dengan dana sekitar RM1 bilion,” katanya.

Kredit eTunai RM100 Untuk M40, B40

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan akan menawarkan kredit e-tunai RM100 kepada semua rakyat dewasa di negara ini yang berpendapatan tahunan RM100,000 ke bawah.

Perdana Menteri berkata, inisiatif membabitkan peruntukan sekitar RM1 bilion itu akan memanfaatkan lebih 10 juta rakyat berusia 21 tahun ke atas, merangkumi golongan B40 dan M40.

Katanya, inisiatif e-tunai kepada golongan dewasa itu diumumkan selepas kerajaan melihat kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat.

“Melihat akan kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat, Kerajaan bersetuju untuk menawarkan kredit e-tunai sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.

“Bilangan penerima yang layak dianggar melebihi 10 juta rakyat iaitu merangkumi golongan B40 dan M40 dengan dana sekitar RM1 bilion,” katanya ketika berucap dalam Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat di sini, hari ini.

Syarat e-Tunai RM100

Buat masa ini syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 21 tahun ke atas
  3. Berpendapatan RM100,000 ke bawah

Syarat-syarat lain akan dimaklumkan dari masa ke semasa oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

Penyedia Perkhidmatan e-Tunai

Untuk inisiatif eBeliaRahmah, penyedia perkhidmatan yang terlibat adalah:

  • Touch ‘n Go eWallet
  • Boost
  • Setel

Namun untuk inisiatif melibatkan golongan dewasa ini, pihak kerajaan akan mengumumkan penyedia perkhidmatan yang terlibat.

Cara Mendaftar

Pendaftaran boleh dilakukan melalui aplikasi penyedia perkhidmatan e-Tunai yang mengambil bahagian dalam inisiatif ini.

Orang ramai diminta untuk menunggu pengumuman seterusnya yang akan dilakukan oleh pihak kerajaan.

Written by Admin Berita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

GIPHY App Key not set. Please check settings

    Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak, Bidang Kerja, Gaji

    Senarai Universiti Terbaik Malaysia 2023-2024