in

Computer Science vs Information Technology

computer science vs information technology

Baru-baru ini saya ada menerima pertanyaan berkenaan computer science vs information technology dari komen posting Fahami laluan kerjaya diploma IT.

Berikut butiran soalan yang ditanya:

  1. Apakah laluan kerjaya untuk mendapatkan Degree Teknologi Maklumat dalam bidang Software Engineering?
  2. Apakah kelayakan kemasukan Diploma Teknologi Maklumat?
  3. Apakah Software Engineering itu dalam bidang Teknologi Maklumat atau Sains Komputer?
  4. Apakah Degree Software Engineering memberikan peluang pekerjaan yang luas di Malaysia?

Saya faham, masih ramai yang keliru berkenaan dua bidang ini. Walau pun nampak sama, tapi sebenarnya ada perbezaan yang ketara dan skop kerja juga sangat berbeza.

Jadi dalam post kali ini, saya akan cuba jelaskan serba-sedikit berkenaan Computer Science vs Information Technology.

Kita akan tengok perbezaan kedua bidang ini dari segi skop kerja, gaji, dan skill yang perlu ada atau dipelajari.

Skop Kerja Computer Science dan Information Technology

Sebelum kita melangkah lebih jauh berkenaan topik ni, mari kita kena dulu tentang dua bidang ni.

Berdasarkan Coursera, computer science merujuk kepada proses mereka-bentuk dan membangunkan program, sistem, perisian (software), aplikasi yang digunakan dalam komputer. Bila sebut komputer tak tertakluk kepada laptop atau desktop sahaja. Zaman sekarang ni semua peralatan pun dah ada komputer di dalamnya. Contohnya smartphone, TV, smart watch, peti ais, bahkan rumah pun dah dipasang dengan komputer.

Kiranya kerjaya mereka dalam bidang computer science ni lebih kepada membangunkan, mewujudkan perisian komputer. Contoh perisian komputer seperti Facebook, Google, YouTube, Netflix, game seperti Mobile Legends, PUBG dan sebagainya.

Manakala Information Technology pula lebih kepada menyelenggara dan menyelesaikan masalah komputer, network, sistem dan database untuk memastikan semuanya berjalan lancar dan dapat diguna oleh end user. End user di sini bermaksud pengguna yang menggunakan aplikasi tersebut seperti anda menggunakan YouTube untuk menonton video.

Dua bidang ini sangat berkait rapat dalam sesebuah syarikat yang mempunyai penggunaan ICT yang maksimum. Secara majoriti, setiap syarikat yang berkapasiti besar akan mempunyai jabatan IT tersendiri dan kebiasaannya ketua jabatan adalah orang yang mempunyai latar belakang IT.

Kerjaya dalam kedua-dua IT dan sains komputer boleh membawa anda ke pelbagai arah, tetapi mereka mempunyai laluan yang berbeza. Pekerjaan berasaskan sains komputer secara amnya bermakna bekerja dengan bahasa pengaturcaraan atau data untuk membangunkan atau menambah baik produk.

Pekerjaan dalam IT akan menumpukan lebih banyak pada pengendalian komputer, rangkaian dan sistem mereka, supaya orang lain dalam organisasi boleh melakukan kerja mereka dengan lancar. Terdapat beberapa peranan yang mungkin menjangkau garis antara sains komputer dan IT, seperti cloud computing atau pentadbiran database.

Secara amnya dalam sesebuah syarikat, IT akan bertindak sebagai decision maker (pengarah atau penolong pengarah) sekiranya mempunyai degree ke atas atau mempunyai pengalaman 10 tahun ke atas. Seseorang yang mempunyai latar belakang IT juga biasanya boleh menjadi pihak pelaksana seperti juruteknik sekiranya lepasan diploma atau fresh graduate.

Jawatan pengarah IT agak terhad dalam sesebuah syarikat. Biasanya cuma ada satu sahaja jawatan ini dan maksima tiga penolong pengarah.

Laluan bagi computer science agak terbuka. Walau pun dalam kategori pelaksana, graduan science computer lebih diperlukan dalam jumlah yang ramai. Ini kerana untuk membangunkan sesebuah aplikasi atau perisian memerlukan beberapa orang ahli dalam datu pasukan. Graduan computer science biasanya akan memilih untuk menjadi programmer, web developer, software engineer.

Gaji Computer Science vs Information Technology

Perbezaan gaji dalam kerjaya kedua-dua bidang agak ketara bagi entry level atau fresh graduate. Graduan lepasan diploma teknologi maklumat biasanya akan ditawarkan kerja setara dengan juruteknik sahaja.

Jawatan penolong pengarah biasanya ditawarkan kepada lepasan dgree atau mereka yang mempunyai pengalaman kerja yang lama dalam bidang tersebut.

Kadar gaji yang ditawarkan pula agak minima dan berbeza mengikut syarikat. Biasanya dalam anggaran RM1,000 ke atas dan RM2,500+- bagi penolong pengarah.

Manakala bagi seorang programmer pula, anggaran gaji bagi fresh graduate biasanya RM2,500 ke atas bergantung pada skill dan programming language yang diperlukan oleh syarikat.

Programmer hanya memerlukan diploma sebagai asas dan selebihnya bergantung kepada skills dan pengalaman. Lebih banyak pengalaman dan portfolio, lebih tinggi gaji yang boleh diminta.

Programmer atau web developer juga merupakan kerjaya yang sangat independent dan mempunyai potensi yang tinggi untuk menjana pendapatan sampingan sebagai freelancer. Boleh rujuk post saya berkenaan kerjaya dependent dan independent di sini.

Anda boleh tawarkan servis membina laman web dengan harga bermula RM2,000 ke atas atau sistem dengan harga RM10,000 ke atas. Yang penting anda mempunyai pengalaman dan skills yang betul.

Skills dan Kemahiran yang Diperlukan

Secara asasnya bagi kedua-dua bidang, anda memerlukan kemahiran asas menggunakan komputer. Anda juga perlu faham dangan baik computer architechture dan asas programming. Kemudian baru pengetahuan anda dikelaskan kepada IT dan Sains Komputer.

Bagi IT, anda akan bertanggungjawab dalam setiap keputusan berkaitan IT.Jadi anda perlu menguasai asas teknologi perkomputeran dari segi hardware dan software. Anda perlu sentiasa update dengan teknologi dan kesesuaian untuk dilaksana atau digunapakai di syarikat anda.

Sebagai contoh, apakah solusi yang akan anda cadangkan kepada syarikat sekiranya berlaku pandemik seperti Covid-19. Apakah teknologi yang anda sarankan agar syarikat boleh meneruskan operasi?

Dalam pada itu juga, anda perlukan juga pengetahuan asas dalam bidang networking, server dan internet. Kerana berdasarkan pengalaman saya, pemegang jawatan pengarah atau penolong pengarah IT di sesebuah syarikat akan terlibat dan majoriti akan menguruskan network.

Bagi computer science pula, anda perlukan kemahiran berfikir yang kreatif dan perlu menguasai logik. Sebab itu dalam bidang ini memerlukan penguasaan Matematik. Anda juga perlu menguasai programming language yang sesuai dengan keperluan pembangunan sistem.

Jadi kebiasaannya untuk sambung belajar diploma dalam sains komputer, anda memerlukan sekurang-kurangnya KREDIT Matematik di peringkat SPM.

Programming language yang diguna secara meluas sekarang ialah PHP, Python, Java, Javascript, C++ dan banyak lagi. Nak senang, boleh pergi ke laman web Job Street dan lihat apa yang syarikat perlukan.

Sum-up

Jadi setakat ini dahulu perkongsian saya berkenaan computer science vs information technology. Pada saya kedua-dua bidang ini masih sangat relevan di Malaysia. Kedua-dua bidang ini sangat mencabarkan memerlukan minat yang tinggi dalam dunia IT.

Pilihan saya adalah lebih kepada computer science kerana saya cenderung kepada programming. Apa pun pilihan anda, pastikan anda meletakkan minat anda terlebih dahulu. Kemudian laburkan masa dan tenaga anda untuk menambah dan meningkatkan skills.

Sekiranya anda ada pertanyaan, sila komen di bawah.

Written by Hanis Harun

Muhd Hanis Harun is a staff of Kolej MARA Poly-Tech (KPTM) who works as a System Developer in the Information Technology Department, KPTM Headquarters starting in early 2020. Previously, he served as a lecturer in Software Engineering at KPTM Batu Pahat Branch, since 2008.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

GIPHY App Key not set. Please check settings

3 Comments

  1. Tuan anak saya sebelum ini ingin menyambung pelajaran dlm science computer, bagaimanapun tak dpt peluang diipta..kami telah memohin ke mmu dlm diploma it sbb di mmu tiada diploma science computer
    Selepas dia hbs diploma, boleh ke kalau anak saya menyambung program degree dlm science computer
    Adalah dia berpeluang berbuat demikian?

Cara Buat Blog – Bina Hartanah Maya Anda Hari Ini

Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak, Bidang Kerja, Gaji