in

ebaki MARA – Cara Pengurangan Bayaran Balik Pinjaman MARA

ebaki mara

ebaki MARA: Dalam kebanyakan artikel yang lepas, saya banyak bercerita tentang kelebihan pinjaman MARA, syarat pinjaman MARA dan bagaimana nak mohon pinjaman MARA. Oleh kerana saya dapat banyak pertanyaan tentang eBaki, jadi hari ni saya nak berkongsi sedikit berkenaan eBaki MARA.

Yelah, dah pinjam kenalah tahu macam mana nak bayar balikkan?

Sebelum membuat bayaran balik, anda perlu terlebih dahulu membuat permohonan pengurangan bayaran balik. Jadi sekiranya anda pinjam RM50,000, anda tak perlu pun bayar balik penuh. Biasanya mungkin dapat penguranan kurang dari separuh. Tapi tertakluk kepada keadaan semasa tau. Mungkin dapat kurang sedikit, mungkin juga dapat kurang banyak.

Bila semua proses ni perlu dibuat? Proses permohonan pengurangan bayaran balik pinjaman boleh dibuat selepas tamat belajar atau selepas bergraduat.

Proses Pengurangan dan Semakan eBaki MARA

Sistem eBaki digunakan sebagai rujukan bagi pinjaman pelajaran MARA. Jadi setiap butiran berkenaan pinjaman tersebut boleh didapat melalui sistem ini.

Dalam sistem eBaki juga, anda boleh melihat penyata akaun pinjaman, jumlah yang telah dibayar, jadual bayaran dan baki pinjaman.

penyata ebaki MARA

Ini contoh paparan eBaki saya. Ada jenis pinjaman iaitu pinjaman pelajaran dan pinjaman pendahuluan. Seperti mana yang saya telah maklumkan dalam artikel sebelum ni, anda tidak boleh buat pengurangan untuk pinjaman pendahuluan. Kalau pendahluan RM1,500, wajib bayar balik RM1,500.

Hanya pinjaman pelajaran sahaja yang anda boleh buat pengurangan.

Sebelum boleh buat pengurangan, anda perlu daftar akaun terlebih dahulu di laman web ebaki MARA iaitu https://apps.mara.gov.my/ebakiv2.

Lengkapkan pendaftaran. Selesai daftar akaun, log keluar dan klik pada pautan Conversion Online. Log masuk guna ID dan katalaluan yang sama dengan eBaki tadi.

Syarat Pengurangan Pinjaman Pelajaran MARA (eConversion)

Untuk membuat pengurangan pinjaman, pelajar hendaklah tamat belajar di bawah skim pinjaman MARA dalam tempoh yang telah ditetapkan. Untuk tempoh ni boleh rujuk surat tawaran penajaan yang asal atau pun rujuk perjanjian pinjaman.

Tidak menukar kursus atau program kecuali dengan kebenaran bertulisan dari bahagian penganjuran pelajaran MARA

Pelajar juga tidak menerima bantuan pinjaman dari penganjur lain sepanjang tempoh perjanjian.

Dokumen yang diperlukan untuk pengurangan eBaki MARA

Resit bayaran iaitu bayaran komitmen RM300. Bayaran ini adalah merupakan sebahagian dari bayaran pinjaman.

Skrol dan juga transkrip. Pastikan anda buat satu salinan setiap satu dan buat pengesahan. Pengesah perlu dari gred 41 ke atas atau pun ketua kampung.

Tempoh proses pengurangan akan mengambil masa 3 hingga ke 6 bulan. Jadi bolehlah cari kerja dulu masa ni.

Sekiranya ada tunggakan, pelajar diminta untuk selesaikan tunggakan terlebih dahulu baru boleh buat pengurangan

Upload dokumen tersebut ke dalam sistem econversion semasa melengkapkan permohonan.

Ada banyak juga step yang perlu anda lalui. Untuk panduan penuh bagaimana nak lengkapkan permohonan, boleh rujuk manual pengguna eConversion yang dah disediakan oleh pihak MARA di sini: Panduan Pengguna eConversion

Setelah selesai mohon, anda hanya perlu tunggu perkhabaran gembira tentangan pengurangan dan boleh membuat semakan jadual bayaran balik di Sistem eBaki MARA.

Dah dapat kurang tu, jangan lupa bayar pula ya.

Kalau anda ada pengalaman dapat pengurangan bayaran balik pinjaman MARA cuba komen dekat bawah.

Written by Hanis Harun

Muhd Hanis Harun is a staff of Kolej MARA Poly-Tech (KPTM) who works as a System Developer in the Information Technology Department, KPTM Headquarters starting in early 2020. Previously, he served as a lecturer in Software Engineering at KPTM Batu Pahat Branch, since 2008.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

GIPHY App Key not set. Please check settings

    Semua yang kita tahu tentang Denmark menobatkan ratu baru, Puteri Mahkota Mary

    Nak Masuk KPTM Bangi? Tunggu Dulu!