Ramai yang bertanya berkenaan diploma teknologi maklumat (Diploma in Information Technology) dan apa perbezaannya dengan diploma sains kumputer.
Dalam post kali ni saya akan terangkan serba sedikit apa yang saya faham mengenai diploma teknologi maklumat berdasarkan pengalaman saya sendiri yang merupakan graduan diploma teknologi maklumat.
Diploma Teknologi Maklumat Secara Umum
Diploma teknologi maklumat merupakan satu bidang yang ada dalam pembelajaran berkenaan komputer. Boleh dikatakan dalam bidang komputer, teknologi maklumat merupakan level paling atas sekali. graduan bidang teknologi maklumat biasanya akan menceburi kerjaya sebagai golongan pengamal dan pelaksana bagi menguruskan hal-hal berkaitan komputer.
Bidang komputer terdapat beberapa fokus utama seperti berikut:
1. Software Engineering
Bidang software engineering, atau kejuruteraan perisian biasa dikaitkan dengan programmer, system analyst, database designer dan seangkatan dengannya.
2. Network Engineering
Bidang network engineering biasanya melibatkan konfigurasi perkakasan network seperti server dan sistem rangkaian.
3. Multimedia
Bidang multimedia merupakan cabang teknologi maklumat yang lebih ke arah merekabentuk produk end user seperti animasi, video dan sebagainya.
4. Technologi dan Perkakasan
Bidang teknologi dan perkakasan lebih tertumpu kepada perkembangan teknologi, konfigurasi dan proses pembaikan sesebuah perkakasan contohnya komputer, laptop, printer dan sebagainya.
Sekiranya anda belajar diploma teknologi maklumat, anda akan belajar kesemua bidang di atas. Walau bagaimana pun, anda hanya akan belajar secara surface sahaja atau tidak mendalam.
Tujuannya adalah untuk anda kenal dan faham setiap bidang tersebut bagi membolehkan anda untuk mengurus dan menangani setiap situasi. Contohnya sekiranya anda bekerja sebagai Pengurus IT, dan syarikat anda meminta untuk membangunkan sebuah sistem untuk kegunaan syarikat. Bukan anda yang akan membangunkan sistem tersebut, malahan anda hanya memantau dan mengarahkan sahaja. Anda akan terlibat dari segi spesifikasi, bajet dan tempoh pembangunan. Sistem developer yang akan membangunkan sistem tersebut.
Kira macam pangkat bos la.
Biasanya selepas tamat belajar, anda perlu menyambung pelajaran ke peringkat degree untuk membolehkan anda bekerja dengan jawatan pengurus atau pembantu pengurus IT. Yelah kan, sapa yang nak lantik pemegang diploma menjawat jawatan pengurus kan?
Selain itu, menyambung pengajian ke peringkat degree membolehkan anda fokus lebih dalam kepada satu bidang sahaja dari pecahan empat bidang tadi.
Diploma Teknologi Maklumat vs Diploma Sains Komputer
Apa perbezaan diploma teknologi maklumat dan diploma sains komputer? Dalam teknologi maklumat, biasanya pelajar akan belajar secara asas tentang semua bidang (empat bidang yang saya sebutkan di atas). Walau bagaimana pun bagi sains komputer, pelajar akan terus fokus kepada fundamental dan persediaan untuk menjadi software engineer.
Contoh subjek yang pelajar akan belajar dalam diploma teknologi maklumat ialah Introduction to IT, Fundamental of Programming, Introduction to Multimedia, Project Management, Management Information System, subjek network, database dan subjek programming seperti object oriented programming.
Manakala bagi sains komputer, pelajar akan belajar subjek yang lebih kurang dengan diploma teknologi maklumat kecuali subjek berkaitan project management dan multimedia.
Untuk senarai subjek diploma teknologi maklumat, boleh rujuk sini: Struktur Program Diploma IT dan untuk sains komputer boleh rujuk sini: Struktur Program Sains Komputer
Biasanya pelajar sains komputer akan lebih cenderung untuk terus bekerja sebagai programmer apabila tamat pengajian peringkat diploma. Boleh rujuk post ini untuk penerangan lanjut perbezaan IT dan Sains Komputer
Bidang IT Masih Relevan?
Bidang IT sudah terbukti relevan dan sangat penting dalam era digital yang sedang kita tinggal sekarang. Apabila IT sangat penting, keperluan tenaga pakar juga akan wujud secara automatik. Jadi sekiranya anda berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang teknologi maklumat, ia merupakan satu pilihan yang sangat tepat.
Saya ada menulis berkenaan hal ini dalam post yang lepas kerana persoalan relevan atau tidak bidang IT seperti menjadi satu topik yang tak berkesudahan. Boleh baca di sini: Bidang IT sudah tidak relevan lagi?
Bidang IT juga merupakan bidang yang independent. Ini bermakna, pekerjaan dalam bidang IT tak kesemuanya perlu bbergantung kepada peluang pekerjaan. Anda boleh untuk bekerja dangan orang atau bekerja sendiri.
Kerjaya dalam bidang IT juga kurang terjejas sewaktu pandemik melanda negara kita. Kelihatannya, situasi pandemic ini akan berlarutan sehingga beberapa tahun lagi. Banyak pekerjaan yang terjejas dan banyak juga industri yang mengalami kesan. Saya juga ada tulis tentang hal ini dalam post Kerjaya Paling Kurang Terjejas semasa PKP.
Sum-up
Bidang IT mempunyai peluang yang cerah pada masa hadapan. Jadi sekiranya anda lepasan SPM, minat dalam bidang ini, saya amat galakkan untuk anda ambil diploma teknologi maklumat. Selepas tamat diploma, lanjutkan pelajaran ke peringkat degree mengikut pilihan dan fokus kerjaya yang anda minat.
Saya merupakan graduan diploma teknologi maklumat dan menyambung pelajaran ke peringkat degree dan master dalam software engineering. Walau bagaimana pun, saya memulakan kerjaya sebagai pensyarah terlebih dahulu sebelum berhijrah ke bahagian pembangunan sistem sekarang.
Walau apa pun laluan kerjaya yang anda ingin ceburi, pastikan minat mendahului segalanya. InsyaAllah yang lain akan menyusul.
salam boleh saya tahu di mana awak sambung both degree and master yaa…hope you can help
me…
Wslm. Maaf lambat reply. Saya sambung degree di KUPTM twinning program dgn Coventry Uni dan master di UTHM Johor
Salam,
Saya baru berumur 16 tahun, untuk tahun 2022 ini. Saya berminat dengan Teknologi Maklumat.
1. Apakah laluan kerjaya untuk mendapatkan Degree Teknologi Maklumat dalam bidang Software Engineering?
2. Apakah kelayakan kemasukan Diploma Teknologi Maklumat?
3. Apakah Software Engineering itu dalam bidang Teknologi Maklumat atau Sains Komputer?
4. Apakah Degree Software Engineering memberikan peluang pekerjaan yang luas di Malaysia?
Terima kasih tuan. Saya sangat menghargai Tuan, jikalau Tuan membaca dan menjawab soalan saya.
Wslm, boleh refer post saya di sini: Computer Science vs Information Technology
salam, apa nama diploma yang perlu aaya ambil sebelum untuk saya melayakkan diri untuk masuk ke degree mass telekomunikasi nanti ya
Kalau Degree masscom UiTM ada beberapa jenis, tapi untuk peringkat diploma, boleh masuk diploma corporate comm di KPTM. Degree boleh mohon UiTM. Kalau berminat untuk mohon corporate comm kptm boleh bgtau saya ye
salam.. kalau anak saya berminat dlm diploma corporate comm macam mana encik?
Waalaikumsalam, nanti dah dapat result spm, boleh terus isi borang di sini, https://hanisharun.my/permohonan-kptm-kuptm/ nanti sy akan bantu permohonan
salam tuan, kalau lepasan STPM boleh mohon ke untuk course teknologi maklumat ni. Tapi masa STPM course sastera.
Kalau STPM boleh terus mohon degree. Di KPTM kita ada program Bachelor of Information Techology (Honours) in Computer Application Development. Syarat masuk STPM minimum Gred C (NGMP 2.0) dalam sebarang 2 mata pelajaran dan kredit dalam Matematik pada peringkat SPM. Sekiranya berminat, boleh isi borang di sini: https://hanisharun.my/permohonan-kptm-kuptm/
Nanti saya proses permohonan
salam tuan , boleh saya nak tanya jika saya ambik diploma teknologi maklumat , kalau saya nak sambung degree boleh masuk ke bidang bussiness tak ?
Waalaikumsalam. Boleh, jump ke mana2 bidang, tapi preferable yg ada kaitan dgn IT. Contoh nya business IT dan sebagainya
Aslm ada bidang teknologi maklumat ni sesuai utk prmpn ? Adakah prmpuan digalakkan atau tdk ?
Wslm. Sesuai utk lelaki atau pun perempuan. Bidang IT banyak pecahan, ada ICT, software, network dan lain2. Boleh pilih berdasarkan minat dan kesesuaian
sesuai ke kerjaya ni untuk wanita ?
Saya kerja di kptm as system developer, bos saya perempuan, team programmer sy 4 org perempuan, technician 2 org perempuan, bahagian web dan multimedia 2 org perempuan..
Slm, bidang it ni ada memerlukan admth skil atau science?
Wslm. Mesti ada strong math. Sebab sangat berkaitan dengan logic.
Salam, klw diploma sains gunaan boleh ke sambung degree berkaitan teknologi maklumat ni?
As Salam tuan, mohon pendapat untuk anak sy meneruskan pengajian dalam bidang IT. Anak sy telah memperolehi Diploma dalam Science Computer (Multimedia) dari UTM Space. Untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Degree anak saya telah menerima tawaran dari UTM Space (Software Engineering) & UTHM (Security Network). Kursus yang manakah yang lebih relevan untuk masa ini ye tuan.
asslam tuan,
anak saya OKU fizikal berkerusi roda dan telah menamatkan pelajaran diploma sains comp di UPSI …soalan saya, untuk melanjutkan pelajaran ke deg apakah cabang bidang yang lebih sesuai dgn keadaan dia untuk kerjaya d masa hadapan.
jutaan terima kasih di ucapkan kepada tuan sekiranya sudi membaca dn membalas soalan saya ini…
sekian
OKU tak ada masalah untuk bekerja dalam zaman digital skrg ni. Kebanyakan menggunakan komputer. Jadi pilih bidang pekerjaaan yang kurang mobility dan pergerakan. Kalau bidang saya software atau system development la. Boleh explore bidang2 lain
Salam nak tanya. Elok ke dari diploma akaun ke degree IT ? Sebab saya tak pandai memilih dulu. Amik akaun sbb dpt tawaran je. Sy difahamkan utk ipta xde tawaran dari diploma kos lain ke kos IT. Hanya ipts yang sy jumpa. Dan utk era sistem pembelajaran online masih berkesan ke ? Sbb sy bekerja di bidang tourism sekadar memenuhi permintaan dan kebolehan semulajadi saya. Mengikut minat dari kecil saya minat IT