Halatuju Selepas SPM – Tips Sambung Belajar dan Bina Kerjaya Pilihan

Pasti ramai dari kalangan adik-adik lepasan SPM sedang berbincang dan berkongsi pendapat berkenaan halatuju selepas SPM. Tambahan pula keputusan SPM 2021 akan diumumkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia pada hari ini.

Laluan Pendidikan Selepas SPM

Berikut saya senaraikan laluan pendidikan bagi halatuju selepas SPM di Malaysia. Biasanya selepas SPM, inilah laluan pendidikan yang biasa dan umum tahu. Setiap laluan ada kelebihan dan tempoh masa tersendiri. Laluan pendidikan ini juga sangat berkait rapat dengan halatuju kerjaya anda pada masa hadapan.

  1. Matrikulasi
  2. Asasi
  3. STPM/STAM
  4. Diploma
  5. TVET/Sijil Kemahiran
  6. International Baccalaureate
  7. A-Level

Tetapkan Matlamat Kerjaya

Sebelum buat keputusan nak masuk universiti mana atau nak belajar kursus apa, anda wajib ada matlamat dan kerjaya pilihan terlebih dahulu. Ini sangat penting supaya anda tidak berhenti di tengah pengajian untuk menukar kursus.

Saya yakin sebahagian dari adik-adik lepasan SPM sudah pun mempunyai matlamat dan cita-cita yang sudah pun disemai sejak dari bangku sekolah. Tamat peringkat persekolahan merupakan saat yang ditunggu-tunggu bagi merealisasikan impian tersebut.

Walau bagaimanapun saya pasti segelintir dari anda masih lagi tercari-cari dan bergelut untuk membuat ketetapan berkenaan kerjaya pilihan, apatah lagi untuk menyambung pengajian ke peringkat seterusnya.

Sebagai contoh, sekiranya anda berminat dan bercita-cita untuk menjadi seorang programmer, anda perlu membuat sedikit kajian tentang kemahiran yang anda perlu kuasai untuk menjadi programmer yang bagus. Ambil tahu sedikit sebanyak berkenaan kerjaya tersebut. Ini akan memberikan gambaran yang lebih jelas untuk anda lebih berjaya mendapatkan kerja di masa hadapan.

Semak pasaran kerja bagi kerjaya tersebut. Perlu diingat, anda menjangkakan bahawa anda akan mula bekerja sekurang-kurangnya tiga hingga ke lima tahun dari sekarang. Jadi lihat kerjaya yang mempunyai peluang pekerjaan yang berpotensi tinggi pada masa itu. Saya pernah menulis berkenaan kerjaya yang tidak terjejas ketika dunia dilanda pandemik. Boleh rujuk di sini: Kerjaya Paling Kurang Terjejas Semasa PKP

Biasanya saya akan menggunakan laman web JobStreet untuk membuat semakan pasaran kerjaya. Ini kerana JobStreet merupakan medium carian pekerjaan yang terbesar dan mempunyai reputasi yang baik di Malaysia.

Sebagai contoh, saya ambil secara rawak dua kerjaya iaitu web developer dan software engineer. Lihat pada iklan tersebut dan fokus pada gaji dan kriteria yang diperlukan. Berdasarkan iklan tersebut, tetapkan matlamat anda untuk menguasai kemahiran-kemahiran tersebut.

Halatuju Selepas SPM – Pilih Program dan Universiti

Setelah anda menetapkan kerjaya pilihan, langkah seterusnya adalah mengenalpasti institusi pengajian tinggi yang mempunyai kursus bersesuaian. Pastikan struktur pengajian dan subjek yang ditawarkan memenuhi sekurang-kurangnya sebahagian dari kemahiran yang diperlukan dalam pasaran kerjaya tadi.

Saya ambil Diploma in Computer Science di KUPTM sebagai contoh. Lihat keseluruhan subjek yang akan anda belajar sepanjang tempoh pengajian. Kemudian, lihat pada syarat kelayakan program. Fokus pada tempoh pengajian, jumlah yuran pengajian, dan syarat kelayakan minimum bagi kemasukan menggunakan keputusan SPM.

Akhir sekali buat sedikit semakan berkenaan institusi pengajian tinggi tersebut. Adakah mereka menyediakan pinjaman pendidikan bagi menampung kos yuran, adakah program pengajian tersebut diiktiraf oleh badan-badan kerajaan seperti MQA, dan sebagainya.

Lihat atau cari nombor rujukan program tersebut. Biasanya akan dipaparkan bersama dengan syarat kelayakan program. Kemudian buat carian di laman web MQA untuk membuat semakan. Pastikan maklumat program tersebut dipaparkan di website MQA dan semula maklumat adalah sama.

Akhir sekali bagi yang bumiputera, saya amat mencadangkan untuk memilih institusi pengajian tinggi yang menawarkan pinjaman pelajaran MARA. Ini kerana amatlah rugi sekiranya anda tidak memanfaatkan kelebihan ini. Sangat banyak kelebihan yang akan anda dapat dari pinjaman pendidikan MARA. Boleh rujuk post terdahulu saya berkenaa Pinjaman Pelajaran MARA.

Semoga posting kali ini dapat memberikan gambaran yang jelas berkenaan halatuju selepas SPM dan sedikit sebanyak membantu adik-adik membuat pilihan yang lebih tepat. Kongsi post ini di media sosial sekiranya anda rasa bermanfaat.

Sekiranya anda memerlukan khidmat nasihat berkenaan sambung belajar atau perlukan khidmat nasihat berkenaan sambung belajar, boleh tulis di komen.

Advertisement


(Visited 543 times, 7 visits today)
admin
  • admin
  • Muhd Hanis Harun is a staff of Kolej MARA Poly-Tech (KPTM) who works as a System Developer in the Information Technology Department, KPTM Headquarters starting in early 2020. Previously, he served as a lecturer in Software Engineering at KPTM Batu Pahat Branch, since 2008.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

GIPHY App Key not set. Please check settings

2 Comments