Khabar gembira kepada yang sedang mencari pekerjaan, Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (Hospital Sultan Abdul Aziz Shah) kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.
Pengambilan jawatan di Hospital UPM ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –
Syarat-syarat kelayakan
- Calon mestilah Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Memiliki kelayakan akademik dari peringkat Diploma sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus setiap jawatan;
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
*Untuk syarat-syarat secara terperinci bagi setiap jawatan, rujuk – DI SINI.
Cara memohon
Bagi yang berminat dan ingin memohon, permohonan jawatan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di portal – eJobs UPM (DI SINI).
Pemohon bagaimanapun perlu mendaftar dahulu di sistem berkenaan, mengisi maklumat diri, pendidikan, pengalaman dan sebagainya secara lengkap dan tepat, sabelum boleh membuat permohonan jawatan.
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakandan melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga.
GIPHY App Key not set. Please check settings