Sukacita dimaklumkan bahawa Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), sebuah organisasi yang bertanggungjawab memberi pinjaman kepada pelajar Institusi Pendidikan Tinggi yang layak dan menerima deposit di bawah Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN), mempelawa calon-calon WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan serta berumur 18 tahun pada tarikh tutup permohonan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf kontrak seperti berikut:
Nama Majikan: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
Lokasi Kekosongan: Kuala Lumpur
Tarikh Tutup: 10 Ogos 2023
Syarat Kelayakan
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian
Tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,080.00); atau - Ijazah Sarjana Muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi
Pengajian Tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,283.43)
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Cara Memohon
Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) sebelum 11.59 malam, Khamis, 10 Ogos 2023 di pautan (link) : https://eform.ptptn.gov.my/JawatanKosong/Utama-multiple.cfm
Maklumat Khusus Kepada Calon
E-MEL DAN NOMBOR TELEFON YANG MASIH AKTIF
Sila pastikan e-mel dan nombor telefon adalah aktif.
PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN
Pegawai yang memasuki perkhidmatan bagi jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat skim perkhidmatan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
PENEMPATAN DI PEJABAT NEGERI PTPTN (PPN)
Pegawai boleh diarah berkhidmat di pejabat cawangan PTPTN seluruh negara.
CATATAN AM
Segala perbelanjaan berhubung dengan permohonan jawatan dan urusan temuduga adalah atas tanggungjawab calon sendiri.
GIPHY App Key not set. Please check settings