Kini, bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa Tenaga Nasional Berhad (TNB) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi jawatan kosong yang ditawarkan.
Calon pemohon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan – jawatan yang ditawarkan.
Kepada rakyat Malaysia yang berminat untuk memohon tawaran yang ditawarkan, sila baca dan fahami dengan teliti kehendak bakal majikan sebelum memohon.
Date: 26 Jul 2023
Location: Subang Jaya, Selangor, MY, 47620
Company: Tenaga Nasional Berhad
Tarikh Tutup Iklan
09 Ogos 2023 (Rabu)
Jawatan
Penolong Juruteknik Tingkatan Biasa (Kontrak)
Butiran Jawatan
Gaji Pokok : RM1,600.00
Elaun Elektrik : RM85.00
Elaun Dobi : RM60.00
Taraf Jawatan : Kontrak
Syarat & Kelayakan
- Warganegara Malaysia.
- Bukan dari kalangan Warga Kerja TNB atau Anak – Anak Syarikat TNB.
- Memiliki Sijil Penjaga Jentera (Keutamaan kepada pemegang Sijil A1 atau A4).
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) dengan lulus enam (6) matapelajaran termasuk :
- Bahasa Malaysia
- Matematik atau Sains
- Mempunyai tahap kesihatan yang baik serta tidak menghidap sebarang penyakit kronik.
- Tidak rabun warna.
- Berumur tidak melebihi 30 tahun pada tarikh tutup iklan.
- Tidak merokok/sebarang bentuk rokok elektronik.
- Boleh bekerja dalam satu pasukan.
- Sanggup untuk ditempatkan di mana-mana negeri seluruh Semenanjung Malaysia.
Maklumat Lanjut
Sila maklum bahawa sebarang permohonan tanpa melalui link atau permohonan secara manual (borang) tidak akan dilayan. Hanya pemohon yang melengkapkan butiran maklumat diri dan melepasi syarat iklan akan disenarai pendek untuk sesi pemilihan seterusnya.
GIPHY App Key not set. Please check settings