Salam sejahtera wahai anak bangsaku khasnya adik-adik yang baru sahaja mendapat keputusan SPM. Tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya.
Kepada yang kurang bernasib baik, SPM bukanlah penamat segala-galanya. Apa yang penting adalah usaha dan keinginan untuk berjaya. Sekiranya anda tidak terpilih untuk ke IPTA, jangan risau, masih ada peluang untuk melanjutkan pelajaran. Kami di KPTM, membuka jalan seluas-luasnya untuk anda membina karier masa depan anda.
Apa itu Kolej Poly-Tech MARA?
Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) ditubuhkan pada 1 Sept. 2003 sebagai sebuah Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) di bawah Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555).
KPTM diuruskan oleh Kolej Poly-Tech MARA Sdn Bhd, sebuah syarikat milik penuh MARA di bawah Akta Syarikat 1965. KPTM di wujudkan mulai 1 September 2003 dengan mengambil alih operasi kolej-kolej yang berada di bawah Yayasan Pelajaran MARA (YPM) di Kuala Lumpur, Bangi, Kuantan dan Kota Bharu.
Berkuatkuasa 1 Januari 2004, empat (4) buah Akademi Infotech MARA di Ipoh, Alor Star, Batu Pahat dan Kota Bharu telah diserap ke KPTM atas keputusan Majlis MARA.
Kelebihan pinjaman pelajaran MARA:
1. Pinjaman boleh ubah. Bermaksud bukan pinjam 30k kena bayar 30k. Cukup sekadar tamat belajar dengan 2.00, potongan 50% akan diberikan (% potongan berdasarkan CGPA). Kalau cemerlang boleh convert menjadi tajaan.
2. Kalau diterima bekerja dibawah agensi MARA atau anak syarikat MARA, yuran pengajian diconvert menjadi tajaan.
3. Bayar balik pinjaman selepas setahun tamat pengajian.
4. Elaun sara diri setiap bulan, diploma = RM500+, degree = RM700+
5. Elaun buku setiap tahun.
6. Kalau CGPA 3.50 keatas, berpeluang untuk mohon Skim Pelajar Cemerlang (SPC) untuk mendapat tajaan MARA bagi menyambung pelajaran di luar negara.
* Kelebihan yang disenaraikan di atas adalah tertakluk kepada pindaan oleh pihak MARA.
Sekiranya ada adik-adik, anak-anak atau saudara mara yang berminat boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut berkenaan kursus yang ditawarkan.
Boleh PM atau hubungi saya menggunakan info dibawah:
Nama: Muhd Hanis Harun Email: [email protected]
Atau isi borang permohonan di sini: Borang Permohonan KPTM/KUPTM
Saya akan memproses permohonan anda sekiranya layak.
Peluang hanya datang sekali dan jangan sia-siakan masa depan anda!
GIPHY App Key not set. Please check settings
3 Comments