in

Kelebihan Pinjaman MARA

Bagi pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran, pasti anda sedang berkira-kira tentang institusi dan kos yang perlu ditanggung sepanjang pengajian. Memilih kursus dan institusi pengajian bukanlah semudah yang disangka. Ianya perlu berkaitan dengan minat yang anda ingin ceburi.

Kos pengajian juga memainkan peranan penting bagi menjamin kedudukan kewangan selepas tamat belajar. Pada masa ini, terdapat dua pemberi pinjaman pelajaran yang sering kita ketahui iaitu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Kebanyakan IPTA menawarkan PTPTN kepada pelajar-pelajar untuk membiayai kos pengajian. MARA pula tidak memberikan kelebihan pinjamannya kepada IPTA. Hanya IPTS dan IPMa sahaja yang dapat menggunakan kelebihan pinjaman dari MARA.

Apakah kelebihan-kelebihan pinjaman MARA?

Di sini saya senaraikan beberapa kelebihan pinjaman dari MARA, namun begitu kelebihan-kelebihan ini adalah tertakluk kepada pindaan semasa MARA.

Pinjaman Pendahuluan Pelajaran

Ramai yang tidak mengetahui hal ini. MARA menyediakan pinjaman pendahuluan bagi pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran sebanyak RM1500 – RM2000 bagi pelajar yang layak. Pinjaman ini tidak tertakluk kepada skim conversion dan perlu dibayar balik selepas tamat pengajian. Rujuk syarat kelayakan

Pinjaman Boleh Ubah (Conversion)

Satu-satunya pinjaman yang boleh diubah menjadi biasiswa. Bagi pelajar yang mendapat CGPA 3.50 ke atas, adalah layak untuk memohon perubahan pembiayaan kepada biasiswa. Ini boleh dilakukan selepas tamat pengajian. Bagi pelajar yang mendapat CGPA 2.00 selepas tamat pengajian, pengurangan jumlah pembayaran yuran boleh dilakukan dengan menghantarkan permohonan kepada MARA. Aplikasi Conversion

Skim Pelajar Cemerlang

Pihak MARA menawarkan skim tajaan bagi pelajar yang mendapat CGPA 3.50 ke atas dan menawarkan tajaan bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di dalam mahu pun di luar negara. Rujuk skim

Kelonggaran Pembayaran Balik

Pihak MARA memberikan tempoh setahun bagi pembayaran balik pinjaman. Bagi pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran, penangguhan pembayaran juga boleh dibuat.

Elaun Bulanan

MARA memberikan elaun sara diri setiap bulan sepanjang pengajian iaitu RM500+ bagi peringkat diploma dan RM700+ bagi ijazah di dalam negara.

Ada banyak lagi kelebihan-kelebihan yang ditawakan oleh MARA secara langsung mahu pun tidak. Apa yang penting bagi pelajar-pelajar ialah mendapatkan sekurang-kurangnya 3 kredit dalam SPM dan menggunakan sepenuhnya tawaran yang disediakan.

Kolej Poly-Tech MARA merupakan salah sebuah Institusi Pendidikan MARA yang menawarkan kelebihan pinjaman MARA. Terpulang kepada pelajar untuk menilai dan menggunakan apa yang tersedia.

Untuk maklumat program dan kemasukan sila rujuk di sini: Permohonan KPTM

(Visited 13,888 times, 27 visits today)

Written by Hanis Harun

Muhd Hanis Harun is a staff of Kolej MARA Poly-Tech (KPTM) who works as a System Developer in the Information Technology Department, KPTM Headquarters starting in early 2020. Previously, he served as a lecturer in Software Engineering at KPTM Batu Pahat Branch, since 2008.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

GIPHY App Key not set. Please check settings

27 Comments

  1. Salam.. anak saya dapat tawaran TESL KUPTM KL lapr diri JUlai 2022.. saya dan suami kakitangan kerajaan.. layak ke mohon pinjaman mara dan adakah TESL dapat elaun 500 tu..

  2. Salam.. saya bakal student bachelor di salah sebuah IPTS dan akan masuk bulan september 2022 ini. Semasa diploma saya buat pinjaman PTPTN, jadi untuk degree ni adakah saya layak untuk buat pinjaman MARA? mohon penjelasan. tq

  3. nk tanye, sy pljr penerapan uitm ijazah ukur bahan. klu nk mintak pinjaman mara which is TESP ni boleh ke? atau pinjaman ni khusus kepada pelajar mara shj dan tidak boleh diberi kepada pelajar luar MARA…

    klu boleh, sy nk tahu the whole sem MARA provide brp utk khusus ni? krn klu PTPTN dalam 6k.

    terima kasih tuan. amat membantu kalau tuan sudi jawab.

Pengalaman Belajar di KPTM dari Sijil hingga Degree

Halatuju Selepas SPM – Tips Sambung Belajar dan Bina Kerjaya Pilihan