in

Kerjaya Paling Kurang Terjejas Semasa PKP

Hari ni saya nak berkongsi sedikit sebanyak berkenaan kerjaya yang paling kurang terjejas semasa PKP supaya anda boleh pertimbangkan jika ingin melanjutkan pelajaran.

Seperti mana yang kita sedia maklum, sektor industri dan ekonomi mengalami kesan yang serious ketika PKP. Kebanyakan syarikat tidak dapat beroperasi seperti biasa, malahan ada yang terpaksa menutup perniagaan.

Malah syarikat-syarikat besar juga turut menerima kesan. Ramai yang terpaksa diberhentikan dan ada yang ditawarkan cuti tanpa gaji.

Walau bagaimana pun, tidak semua sektor yang terjejas, malah ada sektor-sektor yang mendapat manfaat dari PKP. Kebanyakannya merupakan sektor yang mengadaptasikan urusan secara atas talian, online.

Dalam masa yang sama, terdapat juga peningkatan yang tinggi terhadap aplikasi dan sistem atas talian bagi membolehkan urusan seharian dapat diteruskan.

System Developer

Tidak lain dan tidak bukan adalah sektor pembangunan sistem dan jual beli atas talian. Bidang ini dilihat seakan tidak terjejas kerana majoriti syarikat pembangun sistem atau software house, sememangnya kurang mengamalkan budaya bekerja di pejabat.

Kebiasaannya, programmer hanya bekerja secara remote di rumah pada waktu yang mereka selesa. Programmer dipantau secara sistematik menggunakan medium-medium yang sememangnya dikhaskan untuk pembangunan sistem. Antara medium yang biasa digunakan ialah Github.

Bila disebut system developer, ianya merangkumi juga system analyst, programmer, database designer, dan seangkatan dengannya.

Keperluan masyarakat umum dan permintaan tinggi bagi aplikasi online, memberi peluang kepada system developer dan membuka pintu rezeki yang lebih luas kepada programmer.

Permintaan kepada website, sistem online, database, malahan game juga meningkat dengan mendadak. Saya yakin, ramai peniaga dan pemilik syarikat ketika ini berkira-kira untuk mengadaptasikan perniagaan mereka kepada bentuk digital.

Jika dahulu pembelajaran online hanya dikhaskan untuk mereka yang mengikuti kelas Pembelajaran Jarak Jauh (PJJ). Tapi kini, institusi pendidikan juga terpaksa akur menggunakan kaedah pembelajaran secara online untuk meneruskan aktiviti persekolahan.

Game Developer

Tak kurang juga industri game yang menawarkan diskaun berganda ketika mana mereka sedar bahawa ramai yang terkandas di rumah dan ingin mengisi masa terluang. Industri game bukanlah satu industri yang boleh dipandang sebelah mata di zaman digital sebegini.

Suatu ketika dahulu game dan permainan video hanya dilihat sebagai sesuatu yang negatif. Tapi sekarang, game dipandang sebagai medium entertainment utama kepada remaja.

Saya rasa tak ada anak muda atau remaja yang leka menonton Astro atau Neflix seharian lagi. Kebanyakan mereka akan menghadap smartphone atau komputer untuk bermain game.

Industri game menjana berbilion ringgit setiap hari dengan hanya menjual pakej-pakej pembelian di dalam setiap permainan mereka. Techjury melaporkan revenue industri game bakal mencecah $180 bilion pada tahun 2021. Jadi kerjaya sebagai game designer mempunyai masa depan yang sangat meyakinkan.

Medical Assistant, Nurse dan Pengamal Perubatan

Kepentingan doktor, nurse, medical assistant dan pengamal perubatan memang tidak dapat dinafikan lagi. Apatah lagi sewaktu negara sedang berdepan dengan pandemic sebegini. Walau bagaimana pun, kerjaya sebegini pada saya mempunyai tekanan yang sangat tinggi dan memerlukan tahap keikhlasan yang bukan calang-calang.

Kerjaya seperti ini cukup senang untuk dapat pahala. Tapi senang juga untuk dapat dosa.

Agent Insurance

Ini juga kerjaya yang biasanya dipandang sebelah mata oleh kebanyakan orang. Dengar sahaja agent insurance, terus terdiam dan cuba untuk mengelak. Biasanya, sewaktu kita sihat, memang kita akan lari dari agent insurance. Tapi bila kita sakit, agent insurance yang lari dari kita haha. Eh tergelak pulak. Mana taknya, dah sakit baru sibuk nak ambil insurance.

Tapi itulah hakikatnya. Kesedaran dalam masyarakat tentang pentingnya insurance masih ditahap yang rendah. Namun, sejak pandemic melanda, ramai yang dah sedar dan berlumba-lumba untuk ambil pakej insurance atau takaful.

Sum-up

Kalau sebelum ini kita biasanya menggunakan medium digital sebagai alat bagi memudahkan urusan seharian, tapi kini kita bergantung sepenuhnya kepada teknologi. Tanpa teknologi, kebanyakan urusan harian tak dapat disempurnakan.

Jadi nasihat saya, kita sepatutnya belajar dari apa yang telah berlaku dan berusaha sedaya upaya untuk menuju ke arah digitalisasi dalam setiap aspek kehidupan.

Sebenarnya ada banyak lagi kerjaya yang kurang menerima impak atau kesan dari PKP. Tapi saya senaraikan empat sahaja dulu. Sekiranya anda ada cadangan, boleh berikan diruang komen.

Written by Hanis Harun

Muhd Hanis Harun is a staff of Kolej MARA Poly-Tech (KPTM) who works as a System Developer in the Information Technology Department, KPTM Headquarters starting in early 2020. Previously, he served as a lecturer in Software Engineering at KPTM Batu Pahat Branch, since 2008.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

GIPHY App Key not set. Please check settings

One Comment

    Dilema Pandemic – Sambung Belajar atau Kerja?

    Bidang IT Sudah Tidak Relevan Lagi?