Hari ni saya nak kongsi cara paling mudah untuk migrate WordPress ke DigitalOcean. Sebelum ini saya dah cuba bermacam cara yang saya jumpa di YouTube dan Google search. Tapi hujungnya berakhir dengan kegagalan.
Cara ini saya gunakan untuk migrate website ini (hanisharun.my) beberapa hari lepas. Ianya terbukti menjadi dan senang untuk follow. Kebanyakan teknik yang saya cuba sebelum ini banyak yang mengelirukan dan tidak mesra newbie.
(Kalau nak tau apa pentingnya website personal ni, boleh rujuk post terdahulu di sini)
Kenapa Saya Migrate WordPress ke DigitalOcean?
Selama ini website yang saya buat (termasuklah blog ini), kesemuanya saya tempatkan di shared hosting. Shared hosting sememangnya murah dari segi kos. Tambahan pula lebih senang untuk dikendalikan kerana ada cpanel dan bantuan dari penyedia hosting.
Walau bagaimana pun, loading time website yang menggunakan shared hosting sangat kurang memuaskan. Dulu saya ingat website loading perlahan kerana mungkin saya langgan pakej yang murah. Kemudian saya langgan pakej business yang berharga RM200+ setahun pun masih tak dapat menyelesaikan isu loading perlahan.
Ini kerana shared hosting akan berkongsi server tersebut bersama website pelanggan-pelanggan lain. Walau sehebat mana pun spesifikasinya, ia tetap akan memberikan impak jika beberapa website dalam server tersebut over performing. Maksudnya menerima pelawat dengan jumlah yang sangat ramai dalam satu-satu masa.

Ini pakej yang saya langgan. ‘200BG ultra-fast cloud storage‘. Pasti anda akan teruja kan? Tapi ianya tidaklah se’ultra’ seperti yang tertulis. Jika saya semak kelajuan website di Page Speed Insight, score website saya sangat teruk. Lebih lagi jika dalam versi mobile. Biasanya akan dapat markah 50 ke bawah.
Bermacam cara yang saya buat untuk lajukan website. Berbagai plugin juga saya cuba tapi tidak menampakkan kesan yang ketara. Walhal website hanya menggunakan basic theme dan 2 hingga 3 plugin sahaja yang saya pasang.
Jika dikira berdasarkan kos, tidak banyak beza pun. Saya langgan DigitalOcean dengan pakej yang paling basic iaitu USD5 sebulan. Jadi anggaran kos dalam RM240+ setahun. Mahal sedikit tak mengapa asalkan puas hati.
Kalau anda rasa was-was sama ada nak migrate wordpress ke digitalocean atau pun tak, jangan risau anda boleh cuba dulu. DigitalOcean bagi $100 kredit percuma untuk anda guna dalam tempoh 2 bulan. Jadi anda boleh guna sesuka hati untuk buat testing.
Backup Website WordPress
Sebelum bermula, anda perlu backup terlebih dahulu semua fail WordPress anda. Ini termasuk theme, content, database, gambar dan lain-lain.
Untuk backup, ada beberapa plugin yang boleh anda gunakan tanpa sebarang bayaran. Saya guna plugin UpDraft.


Cari plugin tersebut di bahagian tambah plugin. Install dan activate. Kemudian klik Backup Now dan tunggu sekejap. Biarkan plugin jalankan proses backup. Lepas dah siap, anda akan nampak button Database, Plugins, Themes, Uploads dan Others pada bahagian Existing backups.
Download semua backup data ke komputer anda.
Cara Migrate WordPress ke DigitalOcean
Cara ni pada saya adalah cara yang paling senang. Selepas daftar akaun DigitalOcean, login ke dashboard anda dan create projek.
Kemudian klik link untuk ke marketplace.

Kemudian klik Create Droplet pada bahagian WordPress.

Semasa setup droplet, pilih plan basic sahaja dan pilih CPU yang berharga $5.00 per month.
Di bahagian data center, pilih lokasi server yang paling hampir dengan user anda. Sekiranya user website anda kebanyakannya di Malaysia, pilih Singapore.
Di bahagian authentication, pilih Password. Setkan password anda kemudian tekan button Create Droplet.
Lepas create droplet, anda perlu point domain anda ke DigitalOcean terlebih dahulu. Pergi ke domain registrar anda dan tukar DNS ke DigitalOcean.

Biasanya DNS akan ambil masa 24 jam untuk bertukar ke server baru. Semak WHOIS DNS domain anda di website who.is. Setelah DNS telah point ke DigitalOcean, barulah jalankan proses seterusnya.

Setelah DNS berubah, login semula akaun DigitalOcean, buka console SSH dan launch droplet console.
Satu SSH console berwarna hitam akan dipaparkan. Masukkan nama domain anda dan tekan enter.
Masukkan nama domain anda. Sebagai contoh, saya masukkan nama domain: test-project.com. Masukkan semua maklumat satu persatu sehingga selesai.

Akhir sekali, pilih url yang sesuai.
Taip URL tersebut di browser dan anda akan lihat WordPress website telah ada pada domain tersebut. Log masuk ke website anda dan install plugin UpDraft dan upload file backup yang anda simpan tadi. Setelah selesai upload, restore wordpress anda.
Sum-up
Setelah selesai, apa yang paling saya harapkan adalah untuk melihat website saya load dengan laju. Jadi saya buka browser dan taip url website saya. Alhamdulillah, laju berdesup. Kemudian saya semak performance gred di website page speed dan ini hasilnya.

Puas hati kan?
GIPHY App Key not set. Please check settings