in , ,

MySTR 2024 : Bantuan Tunai RM500 Dikreditkan Bulan Hadapan

MySTR 2024 Bantuan Tunai

MySTR 2024 : Bantuan Tunai bernilai RM500 akan dikreditkan kepada seluruh rakyat Malaysia yang berkelayakan bermula bulan hadapan. Seperti sedia maklum, pihak kerajaan perpaduan telah bersetuju untuk meneruskan perlaksanaan pemberian bantuan ini bagi tahun 2024.

MYSTR 2024 : BANTUAN TUNAI 

Kepada yang terlepas pandang, program pemberian inisiatif bantuan Sumbangan Tunai Rahmah 2024 akan mula dibayar pada bulan Februari ini. MySTR pada tahun ini akan membabitkan 3 kategori utama iaitu isi rumah, bujang dan warga emas.

Seperti tahun lalu, pembayaran akan dilakukan secara berperingkat mengikut fasa bayaran pada bulan Februari, April, Ogos dan November 2024. Kerajaan telah umumkan bantuan STR fasa 1 akan disalurkan sebelum menyambut ramadan iaitu diberikan pada bulan hadapan.

KADAR BANTUAN TUNAI MYSTR 2024 (FASA 1)

Bagi bayaran STR fasa 1 sesi tahun 2024, kadar yang akan diberikan adalah berbeza mengikut kategori kelayakan seperti dibawah.

KATEGORI ISI RUMAH (KELUARGA) PENDAPATAN RM2,500/ B40

  • Tiada anak (0) : RM500
  • Bilangan anak (1-2) : RM500
  • Bilangan anak (3-4) : RM500
  • Bilangan anak (5 keatas) : RM500

ISI RUMAH (KELUARGA) PENDAPATAN RM5,000/ M40

  • Tiada anak (0) : RM100
  • Bilangan anak (1-2) : RM150
  • Bilangan anak (3-4) : RM250
  • Bilangan anak ( 5 keatas) : RM300

KATEGORI BELIA BUJANG & WARGA EMAS

  • Bujang berumur 21- 59 tahun : RM100
  • Warga emas 60 tahun keatas : RM150

Kaedah pemberian STR akan dilakukan secara pengkreditan ke dalam akaun bank dan tebus tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi tiada kad bank.

JADUAL BAYARAN BANTUAN MYSTR 2024 MENGIKUT FASA

Pihak kerajaan telah mengumumkan bahawa bayaran Sumbangan Tunai Rahmah tahun ini akan diagihkan secara berperingkat mengikut fasa seperti berikut :

  • Bayaran bantuan tunai STR fasa 1 : Februari 2024
  • Bayaran bantuan tunai STR fasa 2 : April 2024
  • Bayaran bantuan tunai STR fasa 3 : Ogos 2024
  • Bayaran bantuan tunai STR fasa 4 : November 2024.

KEMASKINI MAKLUMAT MYSTR 2024 DIBUKA

Kepada penerima sedia ada STR, kini kerajaan telah membuat tempoh untuk membuat pengemaskinian maklumat terkini sekiranya ada. Perkara ini adalah bagi membantu setiap individu dapat jumlah bayaran bersesuaian mengikut status kelayakan.

Untuk kemaskini maklumat atau kemukakan permohonan baharu, panduan telah disediakan, sila layari laman rasmi MySTR – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah ditawarkan kerajaan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan lengkap maklumat.

Written by Admin Berita

Pemberian Bantuan Kewangan khas akan mula dikreditkan pada penghujung bulan depan iaitu Februari 2024 seluruh negara

Pemberian Bantuan Kewangan RM2000 : Dikreditkan Bulan Depan

Pengeluaran Penuh KWSP 2024

Pengeluaran Penuh KWSP 2024 : 6 Kategori Yang Dibenarkan