Sebelum anda mohon untuk sambung belajar di KPTM Bangi, anda perlu baca dulu apa yang saya nak kongsikan dalam posting kali ni.
KPTM Bangi merupakan salah satu dari tujuh kampus Kolej Poly-Tech MARA di seluruh Malaysia. Kampus Bangi terletak di Bandar Baru Bangi, Selangor. Kampus ni telah wujud sejak tahun 1991. Saya pun tak berapa pasti sangat tentang sejarah penubuhan kampus ni. Yang pasti ianya bergelar KPTM adalah pada tahun 1988.
Kampus ni dah lama wujud, jadi banyak struktur bangunan yang masih mengekalkan konsep klasik. Jadi korang jangan la pelik pulak. Ada juga beberapa buah bangunan baru dan moden.
Program yang ditawarkan
KPTM Bangi menawarkan 7 program. 1 program foundation iaitu Foundation in Accounting, 5 program diploma iaitu Diploma in Sports Management, Diploma in Accounting, Diploma in Islamic Banking, Diploma in Business Management dan Diploma in TESL. Program TESL baru sahaja ditawarkan pada November 2023. Jadi program ini masih baru di kampus ini.
Kalau nak tengok senarai penuh program KPTM dan UPTM boleh tengok di lama web rasmi KPTM.
Kampus Bangi juga menawarkan satu program ijazah sarjana muda, iaitu Bachelor Degree in Accounting and Finance. Program ini agak menarik kerana ianya merupakan program usahasama Dublin Business School yang terletak di Ireland. Jadi waktu korang konvo nanti, skrol korang akan disampaikan oleh orang dari sana.
Rasa macam international sikit. Bestkan?
Intake bagi semua program di kampus Bangi adalah sama dengan KPTM lain iaitu pada Julai dan November setiap tahun. Tetapi untuk program Bachelor Degree, adalah pada bulan September setiap tahun.
Pinjaman MARA
Selain program yang best dan fasiliti yang menarik, KPTM memang terkenal dengan kemudahan pinjaman MARA. Boleh dikatakan kesemua pelajar yang layak memohon pinjaman MARA mesti akan dapat. Kalau tak layak masa mula-mula masuk, boleh mohon pada sem berikutnya. Dalam artikel-artikel lepas saya banyak bercerita berkenaan pinjaman MARA. Boleh rujuk artikel sebelum ni:
Artikel terkait:
Kemudahan dan fasiliti KPTM Bangi
Kalau nak cerita tentang kemudahan, KPTM Bangi ni agak lengkap. Fasiliti asas macam perpustakaan, dewan, bilik kuliah, makmal komputer, tu semua wajib ada kalau mana-mana institusi pengajian tinggi. Bagi saya semua kemudahan ini ok sahaja mengikut standard. Cuma yang saya rasa kampus ni lebih sedikit dari kampus-kampus lain adalah pada fasiliti sukan. Maklumlah di sini menawarkan Diploma in Sports Management, jadi fasiliti sukan merupakan satu keutamaan.
Kemudahan seperti gymnasium, studio, padang , dewan badminton dan lain-lain boleh dikatakan agak baik. Nak memanah pun ada. Kalau korang minat bersukan, memang kampus ni boleh jadi rumah kedua korang nanti.
Jom saya belanja gambar sikit.
Lokasi
KPTM Bangi terletak di Bandar Baru Bangi, Selangor. Lokasi kampus bersebelahan dengan UniKL yang terletak di sebelah Lebuhraya Utara Selatan. Boleh nampak dari highway.
Apa yang best pasal KPTM Bangi ni?
Ok. Saya dah cerita lebih kurang benda-benda standard yang ada di KPTM Bangi ni. Sekarang jom kita tengok benda-benda yang saya rasa best yang boleh dikaitkan dengan KPTM kampus Bangi ni.
Pertamanya of course la kemudahan kampus dan fasiliti. Kalau nak dibandingkan dengan kampus KPTM lain, kampus ini merupakan yang terlengkap dari fasiliti dan kemudahan terutamanya yang berkaitan sukan. Bukan nak cakap kampus lain tak ada, cuma kemudahan tersebut tidak dalam lingkungan kampus.
Yang kedua ialah asrama. Asrama KPTM Bangi terletak tak sampai 1 KM dari kampus. Boleh jalan kaki kalau nak pergi atau balik kelas. Dalam perjalanan balik tu, ada banyak kedai-kedai makan tepi jalan. Jadi dah tak perlu risau nak cari makan jauh-jauh. Masjid pun dalam laluan nak ke asrama. Singgah solat, makan, balik bilik dan tidur je.
Yang ketiga adalah kemudahan shopping dan makan. Ya, Bangi memang terkenal dengan kemudahan shopping dan makan. Sebut je Bangi, benda pertama orang akan ingat ialah pilihan kedai makan yang banyak, dan pusat membeli-belah yang pelbagai.
Sebenarnya ada banyak lagi tempat-tempat yang best yang boleh kita kunjungi kalau kita jadi pelajar di KPTM Bangi. Sebab Bangi ni dekat dengan Putrajaya, Nilai, dan Kuala Lumpur.
Apa lagi yang korang rasa best yang saya tertinggal, boleh tambah di ruang komen.
Kalau nak tau lebih lanjut peluang sambung belajar di KPTM atau UPTM, boleh hubungi saya.
Kredit: Gambar featured tu saya pinjam dari satu video vlog youtube Azwardah Safiyah
GIPHY App Key not set. Please check settings