Tempoh hari saya ada berkongsi tentang kelebihan pinjaman pelajaran MARA. Hari ni saya nak kongsikan berkenaan panduan dan syarat pinjaman pelajaran MARA, bermula dari proses permohonan hinggalah proses untuk bayar semula pinjaman.
Perlu diingat, pihak MARA hanya menawarkan kemudahan pinjaman pelajaran mereka kepada Institusi Pendidikan MARA (IPMa) sahaja. Sekiranya anda ditawarkan pinjaman pelajaran MARA oleh kolej atau universiti swasta selain IPMa, sila semak semula dengan pihak MARA.
Ok. Sebagai permulaan, kita tengok dahulu syarat pinjaman pelajaran MARA. Biasalah, sebelum nak mohon apa-apa, mesti kena lepas syarat dulu. Kalau tak lepas, tak perlu teruskan membaca. Buang masa pula nanti.

Syarat Pinjaman Pelajaran MARA
Syarat kelayakan pinjaman pelajaran MARA terbahagi kepada 3 bahagian iaitu:
- Syarat AM
- Syarat Pendapatan Penjaga
- Syarat Kelayakan Akademik
Syarat AM Pinjaman Pelajaran MARA
- Pemohon mestilah Bumiputera dan memegang kewarganegara Malaysia.
- Ibu atau bapa pemohon juga berstatus Bumiputera dan memegang kewarganegaraan Malaysia.
- Ibu atau bapa pemohon tidak disenarai hitam oleh pihak MARA. Kes senarai hitam MARA ni biasanya melibatkan ibu bapa pemohon pernah menjadi penjamin pinjaman MARA orang lain dan orang tersebut tidak membuat bayaran balik kepada pihak MARA.
- Tidak pernah ditamatkan bantuan atau ditarik balik bantuan oleh mana‐mana badan penganjur atas sebab‐sebab tindakan disiplin.
- Tidak pernah dianjur oleh mana‐mana badan penganjur lain di peringkat pengajian yang sama.
- Mendapat pelepasan kontrak jika pernah ditaja oleh badan penganjur lain.
- Mendapat penggantungan atau pelepasan jawatan atau kebenaran bertulis dari majikan bagi calon yang sedang dalam perkhidmatan. Ini biasanya kalau pemohon sedang bekerja dan ingin melanjutkan pelajaran.
- Diperakui sihat dan normal oleh panel doktor yang bertauliah.
- Tidak pernah diberhentikan pengajian atas sebab GAGAL bagi pengajian terdahulu. (Penalti satu semester dan permohonan pinjaman hanya akan dipertimbangkan pada semester kedua)
Syarat Pendapatan Penjaga
MARA mengklasifikasikan kemudahan pinjaman pelajaran kepada dua, iaitu tajaan penuh dan tajaan yuran pengajian sahaja. Istilah pinjaman ni dipanggil tajaan, bukan bermaksud tajaan yang tak perlu dibayar balik ye. Ini cuma istilah sahaja.
Tajaan penuh bermaksud, pihak MARA akan membayar yuran pengajian dan akan memberikan elaun bulanan yang dipanggil sebagai elaun sara hidup. Elaun ini akan diberkan sehingga tarikh anda tamat pengajian.
Tarikh tamat pengajian ini adalah tempoh pengajian anda yang telah dipersetujukan di dalam perjanjian. Kalau anda sepatutnya tamat pengajian pada Jun 2025, anda tidak akan mendapat elaun lagi sekiranya anda masih dalam pengajian. Contohnya kes tangguh semester.
Manakala tajaan yuran pengajian, pihak MARA akan membayar yuran pengajian sahaja. Perbelanjaan lain adalah ditanggung sepenuhnya oleh pelajar.
Berikut adalah pecahan syarat pendapatan:
- Pendapatan bercukai tahunan kurang dari RM144,000.00 Jenis bantuan: Tajaan Penuh
- Pendapatan bercukai tahunan melebihi RM144,001.00 sehingga RM240,000.00 Jenis bantuan: Tajaan Separuh
- Pendapatan bercukai tahunan melebihi RM240,001.00 adalah dikategorikan sebagai Tidak Layak.
Nota: Bantuan separuh* bermaksud elaun sara hidup bulanan tidak termasuk dalam bantuan pinjaman yang diberi.
Syarat Kelayakan Akademik
Syarat kelayakan akademik pinjaman pelajaran MARA adalah sebagai panduan bagi anda yang ingin memohon pinjaman pelajaran MARA setelah ditawarkan tempat pengajian adalah seperti berikut :
Syarat SPM
Untuk syarat kelayakan SPM, ianya terbahagi kepada syarat untuk program teknikal dan program bukan teknikal.
Contoh program teknikal adalah program sains komputer, sains dan sealiran dengannya. Manakala program bukan teknikal seperti human resource, program bahasa, management dan sebagainya.
Syarat SPM bagi program teknikal
- Subjek WAJIB kredit adalah MATEMATIK
- 1 subjek dari kumpulan Sains / Tenikal / Vokasional seperti Sains, Biologi, Kimia dan sebagainya.
- Dan 1 dari mana-mana subjek lain seperti Sejarah, Pendidikan Islam, Bahasa atau sebagainya.
- Subjek yang wajib LULUS – Sejarah dan Bahasa Melayu
Syarat SPM bagi program non-teknikal
- Subjek WAJIB kredit – mana-mana tiga subjek SPM boleh diambil kira.
- Subjek yang wajib LULUS – Sejarah dan Bahasa Melayu
Syarat STPM / Diploma / SKM
STPM
Perlu mendapat sekurang‐kurangnya 2 prinsipal di peringkat STPM dan
LULUS dalam subjek Bahasa Melayu di peringkat SPM
DIPLOMA
Perlu mendapat sekurang‐kurangnya CGPA 2.00 di peringkat Diploma dari IPMA atau CGPA 2.50 dari IPTA/IPTS dan LULUS dalam subjek Bahasa Melayu di peringkat SPM
SKM
Sekurang-kurangnya LULUS tahap 3.
Pemohon yang tidak memenuhi syarat kelayakan akademik yang ditetapkan boleh memohon kemudian menggunakan keputusan peperiksaan semester atau tahun (mengikut struktur program) dengan mendapat CGPA 2.00 dan ke atas atau yang sama nilai dengannya.
Sebagai contoh di KPTM, syarat kelayakan untuk masuk ke kebanyakan program adalah minima tiga kredit sahaja. Sekiranya anda hanya mendapat tiga kredit SPM dan masuk ke program teknikal, anda tidak layak untuk mohon pinjaman MARA. Tapi anda boleh menggunakan keputusan peperiksaan semester 1 untuk mohon pinjaman MARA.
Bagi permohonan pinjaman yang menggunakan kelayakan selain dari SPM seperti contoh menggunakan sijil/ diploma atau lain‐lain kelayakan yang dibenarkan oleh MARA perlu juga mendapat kredit dalam subjek Bahasa Melayu diperingkat SPM/SPMV.
Cara Mohon Pinjaman Pelajaran MARA
Pemohon yang telah menerima surat tawaran melanjutkan pengajian ke KPTM atau mana-mana IPMa, serta layak memohon mengikut syarat‐syarat yang dinyatakan, adalah dikehendaki membuat Permohonan Pinjaman Pelajaran MARA melalui Sistem Permohonan Pinjaman Pelajaran MARA yang hanya terbuka kepada pengguna yang berdaftar dengan melayari laman web berikut:
http://eduloan.mara.gov.my/
Pemohon hendaklah membaca dengan teliti dan memahami Garis Panduan Permohonan dalam laman web berkenaan sebelum membuat permohonan Pinjaman secara online (e‐Eduloan).
Selepas menghantar permohonan pinjaman MARA secara online, permohon boleh menyemak status permohonan melalui sistem yang sama. Bergantung kepada status permohonan pinjaman, skrin akan dipaparkan mengikut maklumat terkini status permohonan.
Setelah diluluskan, pemohon dikehendaki mencetak surat tawaran bersama‐sama dokumen perjanjian mengikut arahan yang ditetapkan oleh MARA.
Dokumen yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar bersama‐sama borang permohonan (dicetak setelah membuat permohonan secara on line) dan juga set 2 ke pejabat unit tajaan kolej masing‐masing paling lewat 2 minggu dari tarikh mencetak surat tawaran.
Pinjaman Pendahuluan MARA
Ramai yang tak tahu berkenaan pinjaman pendahuluan MARA ni. Pinjaman pendahuluan ini adalah kemudahan yang ditawarkan kepada pemohon yang kurang berkemampuan untuk membuat persediaan lapor diri.
Maklumlah, yuran lapor diri dan persediaan untuk masuk belajar bukanlah sedikit. Nak beli kelengkapan belajar dan sebagainya. Oleh itu, pihak MARA memberikan kemudahan pinjaman pendahuluan. Jumlah maksima yang boleh dimohon adalah RM2,000.
Pinjaman ini diberikan kepada mereka yang telah mendapat surat tawaran dari institusi pengajian sahaja. Selepas dapat surat tawaran, anda boleh membuat permohonan di laman web Pinjaman Pendahuluan MARA.
Syarat Pinjaman Pendahuluan MARA
Pemberian Wang Pendahuluan bagi tahun 2021 adalah kepada pelajar yang melanjutkan pengajian di Institusi Pendidikan MARA (IPMa) dari keluarga yang layak menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) sahaja, iaitu pendapatan kasar bulanan ibu dan bapa atau penjaga pelajar tidak melebihi RM6,000.00 sebulan.
Pelajar adalah warganegara Malaysia dan bertaraf Bumiputera, berumur tidak melebihi 35 tahun bagi peringkat Diploma dan 40 tahun bagi peringkat Ijazah Pertama.
Pelajar telah ditawarkan mengikuti pengajian secara sepenuh masa di peringkat Persediaan / Pra-Universiti di bawah program Young Talent Programme (YTP) atau Diploma atau HND atau Ijazah Pertama (Sarjana Muda) di Institusi Pendidikan MARA (IPMa) di bawah Program Penajaan Pengajian Tertiari (TESP).
Pendahuluan pinjaman pelajaran boleh dipertimbangkan kepada seorang pelajar bagi setiap peringkat pengajian sekiranya pelajar tersebut melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Jika peringkat pengajian yang sama, permohonan tidak layak dipertimbangkan.
Pelajar yang terdiri daripada mereka yang telah bekerja atau sedang mengikuti pengajian TIDAK LAYAK dipertimbangkan
Anda boleh merujuk semula sekiranya ada perubahan pada syarat dan tatacara permohonan di website tersebut.
Proses Permohonan dan Pembayaran Balik Pinjaman Pelajaran MARA
Cara untuk mohon pinjaman pelajaran MARA secara tak langsung saya dah terangkan di atas. Jadi kita cuma tengok proses pembayaran balik pinjaman sahaja.
Selepas tamat belajar, anda boleh membuat permohonan untuk mengurangkan jumlah bayaran. Untuk membuat pengurangan anda boleh rujuk tatacara dan proses terkini di website eConversion MARA.
Anda perlu mendaftar sebagai pengguna di website eBaki MARA. Sediakan dokumen selengkapnya sebelum membuat permohonan.
Pastikan anda tamat belajar dalam tempoh yang ditetapkan, dan tidak membuat pertukaran kursus semasa belajar.
Jadual pembayaran akan dikeluarkan dan anda boleh membuat semakan jumlah yang perlu anda bayar di website eBaki.
Nota: Pinjaman Pendahuluan tak boleh dibuat pengurangan ya. Kalau pinjam RM2000, wajib kena bayar RM2000 juga. Jadi pastikan anda betul-betul memerlukan sahaja baru mohon.
Sum-up
Demikian sedikit sebanyak perkongsian berkenaan pinjaman pelajaran MARA yang saya rasa agak lengkap juga. Semoga dapat membantu anda untuk memudahkan proses permohonan.
Sekiranya ada komen bagi pertambahan atau pembetulan maklumat, boleh komen di bawah.
Kalau nak apply mara guna result diploma, mara masih nak maths kredit ke?
Kalau program technical je yang perlu kredit maths. Program non technical tak perlu kredit maths
Muflis boleh jadi penjamin Ke?
untuk mara, penjamin tidak boleh blacklist mara. kalau muflis saya xpasti, kena rujuk pihak mara secara terus
Hi saya mohon tesp intake july bilakah permohonan akan diluluskan dan tempoh bayaran wang ke akaun saya
saya dapat tawaran office management , kalau saya nak apply pinjaman mara dgn result math saya gagal , boleh dapat ke ? saya kredit banyak , subject math je gagal , harap dapat pencerahan .
boleh mohon semasa semester 2..guna result semester 1. syaratnya result sem 1 mesti 2.00 ke atas, lebih tinggi lebih baik. apa pun rujuk dahulu bahagian kewangan kampus, sbb mereka yg akan uruskan nanti
Assalam tuan.
Elaun Sara hidup utk kptm anggaran brpa utk sebulan?adakah dikira pinjaman Dan kena bayar balik .t.kasih
Wslm. Elaun ada termasuk dalam pinjaman pelajaran mara full sahaja. Utk diploma RM535 dan kena bayar balik.
Anak saya telah mendapat tawaran mengikuti Diploma Sains Komputer di KUPTM KL. Saya dn suami adalah kakitngan kerajaan dan jika menurut maklumat Tuan anak saya layak memohon pinjaman Tajaan Separuh kerana pendapatan bercukai kami lebih dari RM 144,000. Tetapi Januari 2023 suami saya akan bersara wajib dan jumlah pendapatan bercukai kami akan berkurangan. Dan ini akan menjadi masalah kepada kami kerana kami ada 2 orng lagi anak yng sedang mengikuti pengajian peringkat tinggi. Bolehkah MARA menukar status pinjaman anak saya pada tahun hadapan sekiranya dia menerima tawaran ini?
Mula-mula apply akan dpt half (yuran shj). lepas tu boleh reapply utk dptkan elaun pula
Tuan universiti awam layak memohon pinjaman pendahuluan mara atau tidak
tidak. mara tidak berikan peruntukan pinjaman untuk universiti awam
Salam tuan. Saya click di link pnjaman pendahuluan mara tapi unreachable. Macam mana cara lain ye utk mohon. Boleh ke dptkan borang di pejabat mara.
cuba link ni http://online06.mara.gov.my/ependahuluan/ver21/index.php?method=ShowLogin
Tuan boleh sy dpt kan link utk permohonan mara tu, sbb sy tak dpt buka link yg tuan paparkan.
Anak saya dpt tawaran diploma management with multimedia dikptm Ipoh. Boleh tak kalau nk tukar diploma TESL di KUPTM KL . Ank saya memenuhi syarat utk TESL. Mohon pencerahan.
TESL ada di KUPTM, Ipoh dan Kota Bharu. Boleh buat pertukaran course melalui portal. Tapi KUPTM dan Ipoh dah penuh. Kota Bharu mungkin ada beberapa lagi kekosongan
Saya nak tanya, pinjaman mara ni dia bayarkan yuran pengajian je ke atau sekali dengan yuran perkhidmatan? Dan boleh ke kalau tak bayar pinjaman mara tu balik? Apa syaratnya?
Mara bayar yuran pengajian. Yuran perkhidmatan di kolej kena bayar sendiri. Biasanya dlm seratus dua kot setiap semester. Pinjaman mara, pinjaman boleh ubah. Bayar mengikut diskaun yang ditetapkan, atau kalau xnak bayar, kena kerja dengan mara atau anak syarikat mara mcm KPTM, KUPTM, Unikl, Maracorp, giat mara dan lain2
MARA ni memang applied untuk semua ipta ke? ataupun hanya untuk ipts?
Mara tawarkan untuk ipma sahaja yang saya tahu setakat ini
Kalau pengajian universiti luar negara boleh mohon bantuan mara juga je?
Boleh.. Mohon tempat di University dulu, kemudian mohon mara
Salam tuan, untuk permohonan jika di universiti luar negara:
1. permohonan di bawah TESP juga ke?
2. Untuk foundation juga boleh ke?
3. Biasanya permohonan selepas pelajar lapor diri ke sebelum?
Soo mana2 luar negara pun bole apply ke pnjman nii mcm korea or japan kee Hehehe tnya utk kepastian
Kena rujuk senarai universiti yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia dan MARA
jikalau pelajar UITM, tidak boleh / tidak layak apply pinjaman MARA la ye?
salam encik, kena buka akaun bank apa untuk pinjaman mara?
Salam.. Anak saya mendapat tawaran KUPTM kemasukan julai ni. Adakah pinjaman MARA sudah boleh dimohon atau kena menunggu info dr pihak KUPTM?
Anak saya dpt tawaran ACCA Afia blhkah apply loan mara dan bila tarikh submit loan
Hi! kalau saya dah dpt loan mara, adakah saya masih boleh mohon biasiswa dari pihak lain?
Kalau ACCA foundation in accountancy AFIA di kuptm boleh buat pinjaman mara jugak ke?
saya nak tanya kenapa link ni x boleh dibuka ye ? http://eduloan.mara.gov.my/
Saya seorg ibu tunggal. Selepas bercerai terus terputus hubungan dgn bekas suami. Bekas suami keral keluar masuk penjara. Syarat yg saya baca utk apply loan mara, kena ada surat beranak dan ic bapa ataupun sertakan dengan surat hak penjagaan anak. Waktu saya bercerai dulu, saya tak buat hak penjagaan anak. Memandangkan bekas suami tak pernah ambik kisah tentang anak2. Saya yg jaga anak2 dari bayi. Adakah kerana ketiadaan surat beranak,ic bekas suami ataupn surat hak penjagaan anak, application saya takkan lulus? Boleh saya mohon bantuan idea disini?
Tuan, klau dapat ijazah kelas pertama adakah dapat pengecualian daripada pinjaman mara
Saya dah dapat offer letter dari overseas , macam mana saya nak mohon MARA ?
Salam tuan, boleh saya tahu apakah kriteria penjamin MARA selain daripada tidak diblacklist oleh MARA?
Sekiranya menjadi penjamin pinjaman MARA, penjamin kena beri no akaun Bank kpd pihak Mara ke? Adakah nnt duit pinjaman akan masuk ke akaun Bank penjamin atau peminjam atau ibu/bapa peminjam?
Saya memohon pinjaman mara pada intake july bilakah permohonan akan diluluskan dan bilakah bayaran dibuat
assalamualaikum saya nak tanya untuk dapat elaun tu kalau gaji parents lebih RM12000 sebulan memang terus tak layak untuk dapat elaun ke ? tak boleh dipertimbangkan kan ke seperti bilangan tanggungan ? sbb gaji parents saya lebih tapi tanggungan ramai…
Assalam,tuan
saya dah hantar borang dokumen mara.Tetapi kenapa tiada maklum balas?
Salam,
Bagaimanakah saya boleh memohon pinjaman sebagai pelajar Malaysia yang sedang melanjutkan pelajaran di luar negara? Adakah melalui MARA TESP? Saya bertanya kerana portal mengatakan bahawa pelajar di luar negara boleh memohon jika ada 2 orang penjamin. Tetapi apabila saya cuba mengisi bahagian ‘pengajian’, tiada pilihan yang diberikan untuk saya memasukkan butiran universiti saya.
Saya pelajar tahun 2 degree strategy studies boleh memohon ke syarat akedemik takde masalah
salam, result stpm saya cuma 2.44 dan saya ingat nak sambung degree di kuptm. adakah saya layak mendapat pinjaman mara? pendapatan keluarga pula adalah kurang dari RM2000
Tengok syarat program. Ada program yang 2.00 cgpa sahaja. Boleh mohon MARA
Assalamualaikum. Nak tanya. Kalau untuk iesp, mohon untuk sem 2 boleh ke? Diploma dulu kptm and sekarang degree uitm
Assalamualaikum. Kalau saya diploma under ipma and saya sambung degree di uitm, saya boleh mohon iesp pakai result sem 1 degree saya ke? Atau hanya boleh mohon tesp sahaja? Sebab permohonan online iesp tidak lulus atas sebab surat pengesahan ibu tidak bekerja tidak dimuatnaik.
Saya dapat tajaan yuran pengajian shj macam mana saya ingin membuat rayuan untuk memohon tajaan penuh ye ? Keluarga saya ad masalah kewangan sedikit.
Cuba mohon semula. Kalau dapat nanti boleh batalkan pinjaman sebelumnya
Salam Admin, untuk tahun 2023, bila permohonan dibuka ye? Terima kasih
Dah buka, boleh isi borang yg sy sediakan kt sini: https://hanisharun.my/permohonan-kptm-kuptm/ nanti sy akan bantu permohonan