in

Peluang Kerjaya Bersama MARA Seluruh Malaysia

Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), memerlukan warga kerja yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, mempunyai nilai-nilai murni, memiliki kemahiran interpersonal, kreatif dan inovatif serta komited. Mereka yang memiliki ciri-ciri tersebut dipelawa untuk menyertai perkhidmatan sebagai pendidik di Institusi-institusi Pendidikan MARA seluruh Malaysia.

MAKLUMAT JAWATAN

Jawatan: Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

Gred: DG41

Taraf Jawatan: Kontrak

Gaji Minimum: RM2,188.00

Gaji Maksimum: : RM9,552.00

Penempatan: Institusi-institusi Pendidikan MARA di seluruh Malaysia

Pemohon yang memasuki perkhidmatan jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta sebarang pindaan yang dibuat dari semasa ke semasa.

BIDANG / SUBJEK

i. Bahasa Inggeris
ii. Bahasa Melayu
iii. Bimbingan dan Kaunseling
iv. Biologi
v. Fizik
vi. Geografi
vii. Keusahawanan
viii. Kimia
ix. Matematik
x. Media
xi. Pendidikan Islam

xii. Pendidikan Islam (Tahfiz)
xiii. Pendidikan Jasmani dan
Pendidikan Kesihatan
xiv. Pengurusan Perniagaan
xv. Perakaunan
xvi. Rangkaian Komputer
xvii. Reka Bentuk dan Teknologi
xviii. Sains Kejuruteraan
xix. Sains Komputer
xx. Sejarah
xxi. Seni Reka

SYARAT-SYARAT LANTIKAN

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Calon berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  4. Kelayakan lantikan ke Gred DG41 secara kontrak :

    i. Ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,188.00); atau

    ii. Ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,188.00); atau

    iii. Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,391.94); atau

    iv. Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,391.94); atau

    v. Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,391.94); atau

    vi. Ijazah sarjana dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,902.98); atau

    vii. Ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM3,209.60).
  5. Pemohon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dari institusi pengajian tinggi luar
    negara juga boleh memohon jawatan ini jika kelayakan akademik tersebut diiktiraf
    oleh kerajaan Malaysia. Semakan pengiktirafan kelayakan akademik boleh dibuat
    melalui laman web berikut :
  1. Pemohon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang-bidang berkaitan tanpa
    Pendidikan atau Diploma Pendidikan / Diploma Pascasiswazah Pendidikan juga boleh memohon. Walau bagaimanapun kelulusan pelantikan adalah tertakluk kepada kelulusan Agensi Pusat;
  2. Pemohon yang memohon bidang / subjek Pendidikan Islam (Tahfiz), perlu memiliki Sijil Tahfiz Malaysia atau Diploma Tahfiz dari Institusi Pendidikan Islam yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia;
  3. Pemohon perlu memiliki tubuh yang sihat serta tiada rekod kesihatan mental;
  4. Pemohon turut aktif dalam kegiatan kokurikulum;
  5. Pemohon perlu memiliki pengetahuan isi kandungan mata pelajaran yang akan diajar dan mempunyai sahsiah keguruan yang tinggi (memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon);
  6. Pemohon perlu mempunyai bakat istimewa seperti kebolehan bermain alat muzik, reka cipta (inovasi), kemahiran bahasa asing dan lain-lain; dan
  7. Pemohon adalah bebas daripada tindakan disiplin atau disabitkan dengan kesalahan jenayah atau penyalahgunaan dadah.

CARA MEMOHON

Pemohon hendaklah memohon jawatan berdasarkan kelayakan Ijazah Sarjana Muda yang dimiliki tepat dengan bidang / subjek yang diiklankan;

Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web MARA seperti berikut : https://apps.mara.gov.my/vacancy/

Permohonan yang dibuat secara dalam talian melalui pautan yang sah sahaja akan diterima. Permohonan lewat atau tidak mematuhi syarat yang dinyatakan akan ditolak; dan

Permohonan akan terbatal sekiranya pemohon didapati memberi maklumat yang salah / tidak benar / manipulasi maklumat dalam borang permohonan. Maklumatmaklumat tersebut akan disemak secara terperinci pada hari temu duga.

KAEDAH PELAKSANAAN

  1. Permohonan yang memenuhi dan menepati syarat telah ditetapkan sahaja akan diproses;
  2. Permohonan yang diterima akan ditapis dan disaring berasaskan kriteria telah ditetapkan, mengikut kelayakan pengkhususan ijazah menepati bidang / subjek yang dipohon. Permohonan yang melepasi tapisan sahaja akan melalui proses penilaian dan pemilihan (MARA Assessment Center);
  3. Pemohon yang lulus proses penilaian dan pemilihan (MARA Assessment Centre) akan ditawarkan jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 secara kontrak. Mereka hendaklah setuju dan patuh pada syarat yang dinyatakan dalam surat tawaran berserta pindaan dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa untuk berkhidmat di Institusi-institusi Pendidikan MARA seluruh Malaysia;
  4. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 yang tiada ikhtisas pendidikan diwajibkan mengikuti Program Diploma Pendidikan. Program ini akan dikendalikan oleh MARA bagi mendapatkan ikhtisas pendidikan;
  5. Hanya Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 bertaraf kontrak yang telah menamatkan secara jayanya Program Diploma Pendidikan atau memperolehi ikhtisas pendidikan sahaja akan dipertimbangkan untuk pelantikan tetap sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41; dan
  6. Pemohon yang tidak menerima sebarang maklum balas dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh iklan ini dikeluarkan hendaklah menganggap permohonan adalah tidak berjaya. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh di-e-mel ke [email protected].

Pelbagai jawatan lain seperti:

  • Pembantu Makmal
  • Juruteknik Komputer
  • Pembantu Tadbir
  • Pembantu Operasi
  • Pemandu

Boleh rujuk iklan penuh di sini: https://apps.mara.gov.my/vacancy/iklan/iklan.pdf

Written by Hanis Harun

Muhd Hanis Harun is a staff of Kolej MARA Poly-Tech (KPTM) who works as a System Developer in the Information Technology Department, KPTM Headquarters starting in early 2020. Previously, he served as a lecturer in Software Engineering at KPTM Batu Pahat Branch, since 2008.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

GIPHY App Key not set. Please check settings

    Pengambilan 12 jawatan kosong di Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM): Kelayakan minima SPM

    Pelbagai Kekosongan Jawatan di Hospital UPM (HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH)