in

Peluang Pekerjaan dan Bidang Pengajian

Assalamualaikum w.b.t,

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit sebanyak berkenaan dengan peluang pekerjaan dan bidang pengajian yang sering menjadi persoalan bagi kebanyakan pelajar sama ada yang telah menyambung pengajian atau pun sedang dalam proses pengajian.

Kesesuaian Bidang Pengajian dan Peluang Pekerjaan

Ramai dikalangan pelajar mempersoalkan adakah bidang pengajian yang mereka ikuti sekarang memberikan jaminan pekerjaan setelah mereka menamatkan pengajian kelak. Bahkan ada diantara mereka yang runsing memikirkan hal ini sehingga bercadang untuk menukar bidang walaupun masih belum tamat pengajian. Ini kerana persoalan sebegini sering menjadi buah mulut kawan-kawan, saudara mara mahu pun jiran tetangga. Kadang-kadang kita selalu terdengar dialog berikut:


Makcik: “Adik belajar kat mana?”

Pelajar: “Kat kolej A, bidang ABC”

Makcik: “Ooo, anak makcik belajar kt Kolej B, bidang ABC jugak, dah setahun habis tapi sampai sekarang tak kejee pun, dok tanam anggur je kt rumah”

Pelajar: “La yeke..”

Justeru timbul persoalan dalam benak fikiran pelajar tersebut sama ada adakah beliau membuat pilihan yang tepat berkenaan dengan bidang pengajiannya.

Pada pendapat saya, sesuatu bidang pengajian ada kekuatannya sendiri. Ianya tertakluk kepada pelajar sendiri bagaimana mereka membawa diri dan memperkukuhkan kebolehan mereka dalam bidang berkenaan. Saya sendiri merupakan seorang pelajar lepasan Ijazah Sains Komputer KPTM yang merupakan salah sebuah kolej swasta di Malaysia. Dalam tempoh pengajian saya, saya sendiri banyak melalui dialog diatas namun saya tak pernah terfikir untuk berpatah balik. Ini kerana saya yakin terdapat manfaat yang sangat bernilai dalam setiap ilmu yang saya pelajari. Dengan manfaat ilmu dan usaha yang iklas, pasti ada balasannya.

Peluang Pekerjaan Berdasarkan Bidang Pengajian

Rata-rata berpendapat bidang pengajian atau pengkhususan sentiasa berkait rapat dengan peluang pekerjaan. Ya, bagi satu-satu bidang pengajian sudah tentu terdapat ramai graduan dan persaingan yang sangat kuat yang secara tidak langsung menjadikan peluang pekerjaan semakin menipis. Jadi, sewaktu dalam peringkat pengajian, jangan sentiasa berfikir hanya untuk mendapat keputusan yang cemerlang, tetapi berusaha menambah nilai dan kebolehan anda mendahului pelajar lain.

Sentiasa memberikan perhatian kepada isu semasa berkaitan dengan bidang anda. Sebagai contoh, sekiranya anda seorang pelajar dalam bidang perladangan, cuba kunjungi pameran dan aktiviti yang berkaitan di tempat anda. Pastinya ada sesuatu yang boleh anda pelajari dan menambah nilai kepada pengetahuan anda.

Peluang pekerjaan yang terhad sering menjadi persoalan. Jadi tanamkan azam dan mentaliti untuk tidak bergantung harap kepada pasaran kerja, sebaliknya berusaha untuk mewujudkan perkerjaan sendiri dengan berniaga atau menjual servis. Setiap bidang yang anda pelajari mempunyai potensi untuk dijadikan punca pendapatan walau pun bukan dengan cara ‘makan ‘gaji’. Sebagai contoh, sekiranya anda seorang pelajar Bahasa, anda boleh mewujudkan pusat kelas tambahan bagi pelajar-pelajar SPM atau PMR secara kecil-kecilan di rumah setiap malam.

Persaingan dalam mendapatkan pekerjaan memang sangat tidak dapat dinafikan. Jadi pemilihan apa jua bidang bukanlah punca dan jalan penyelesaian masalah bagi peluang pekerjaan yang terhad. Setiap ilmu yang ditimba pasti ada hasil tuaian yang setimpla jika kita tahu bagaimana menghargainya. Jadi pemilihan institusi pengajian bukanlah jaminan 100% peluang pekerjaan anda kelak, inikan pula bidang pengajian. Mungkin anda boleh baca post terdahulu saya berkenaan “Susah nak kerja kalau belajar di KPTM“.

Written by Hanis Harun

Muhd Hanis Harun is a staff of Kolej MARA Poly-Tech (KPTM) who works as a System Developer in the Information Technology Department, KPTM Headquarters starting in early 2020. Previously, he served as a lecturer in Software Engineering at KPTM Batu Pahat Branch, since 2008.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

GIPHY App Key not set. Please check settings

4 Comments

    Susah Nak Kerja Kalau Belajar di KPTM?

    Dilema Pandemic – Sambung Belajar atau Kerja?