in

Pemilihan Kursus – Program Degree Tempatan

Ramai yang bakal melanjutkan pelajaran dalam peringkat degree seawal bulan September tahun ini. Dalam masa yang sama, sudah tentu ramai bakal pelajar yang masih tercari-cari dan belum mendapat tempat bagi program degree yang diminati dan ramai yang masih kabur dengan program apa yang sesuai dan boleh memberikan impak yang besar kepada bidang pekerjaan yang akan diceburi kelak.

Pemilihan program degree merupakan perkara yang penting sama seperti pemilihan program sewaktu SPM, dan diploma. Bagi sesetengah pelajar yang sudah mempunyai diploma, kebanyakannya tidak mempunyai masalah dalam memilih program degree yang sesuai kerana sememangnya mereka sudah mempunyai sedikit sebanyak pendedahan dan pengalaman sewaktu di peringkat diploma. Sebaliknya bagi pelajar-pelajar dari lepasan STPM. Kebanyakan masih kabur dengan matlamat alam pekerjaan yang bakal ditempuhi selepas tamat belajar nanti.

Faktor AM yang perlu anda kaji dan pilih:

Minat dan Cita-cita

Ada beberapa faktor yang mendorong anda dalam membuat pemilihan untuk melanjutkan pelajaran dalam program degree. Sebahagian besar daripadanya adalah berkenaan dengan minat dan cita-cita. Tidak dinafikan anda akan cenderung untuk memilih kerjaya berdasarkan minat, jadi pemilihan program degree anda semestinya berdasarkan faktor tersebut. Namun semua yang anda rancang tidak selalunya memberikan keputusan yang anda inginkan.

Kemungkinan besar keputusan SPM atau diploma anda tidak memenuhi syarat yang diperlukan untuk program degree yang anda minat. Ini membuatkan anda patah semangat untuk meneruskan pengajian. Ramai yang tidak tahu bahawa minat boleh dipupuk dan potensi sebenar diri anda bukanlah dari apa yang anda minat sebenarnya.

Cuba tanya semula diri anda, apakah cita-cita yang anda beritahu kepada guru tadika anda satu ketika dahulu? Saya boleh jamin yang hampir 90% cita-cita anda tidak sama dengan apa yang pernah anda ungkapkan satu masa dahulu. Kenapa?

Faktor Persekitaran dan Pasaran Pekerjaan

Kita terdorong untuk menceburi bidang dan pekerjaan berdasarkan apa yang kita lalui setiap hari. Ini membuktikan yang minat dan cita-cita merupakan sifat manusia yang boleh diubah dan dipupuk. Faktor pasaran pekerjaan pada masa akan datang lebih merupakan kunci kepada kejayaan anda.

Cuba lihat apa yang anda lalui sekarang dan apa yang anda rasakan perlu dalam kehidupan seharian anda? Dengan memahami faktor ini, anda akan lebih memahami apa yang bakal menjadi rutin seharian pekerjaan anda pada masa akan datang. Saya cenderung menyatakan pada masa akan datang teknologi-teknologi canggih dalam bidang perkomputeran dan teknologi web merupakan satu bidang yang berpotensi besar. Ramai yang berjumpa saya masih ragu-ragu apabila saya katakan yang bidang ini mempunyai potensi yang besar.

Kenapa? Kerana pada amatan mereka, ramai pelajar lepasan bidang ini tidak mendapat pekerjaan. Ini sebenarnya tidak sama sekali bergantung dengan bidang yang diceburi, ini bergantung kepada pelajar itu sendiri. Pemilihan cara kerja merupakan aspek yang sangat penting bagi menentukan masa depan pekerjaan anda.

Sekiranya anda memilih untuk berkerja dengan syarikat atau mana-mana organisasi, anda perlu mempersiapkan diri selayaknya sewaktu dalam proses pengajian supaya anda dapat memenuhi cita rasa majikan anda kelak. Dan harus diingat, bukan anda seorang sahaja yang bakal memohon jawatan tersebut. Jadi mulai sekarang, fikirkan 10 sebab kenapa anda layak untuk diterima bekerja?

Cara Pekerjaan

Pada amatan saya, mentaliti pelajar lepasan degree mahu pun diploma telah pun sebati dengan konsep makan gaji! Jadi sekiranya anda terdorong untuk makan gaji, anda perlu bersaing dengan graduan-graduan lain, dan aspek penting dari faktor nombor 2 perlu anda tekankan. Pada pendapat saya, makan gaji bukanlah sesuatu yang boleh memberikan kesenangan kepada kehidupan anda melainkan anda bekerja dalam jawatan yang besar.

Saya merupakan lepasan program degree dalam bidang sains komputer dan kini sedang menyambung pelajaran di peringkat master. Apa yang saya lihat ialah, jika pelajar didedahkan dengan peluang-peluang yang sedia ada, pelajar tidak akan merayu-rayu untuk makan gaji lagi kerana apa yang terhidang diluar kotak pemikiran anda adalah sangat luas dan sangat lumayan.

Sum-up

Pada pandangan saya, sekiranya anda berhajat untuk menyambung pelajaran dalam program degree, anda perlu tetapkan matlamat pekerjaan anda. Sekiranya anda menetapkan untuk makan gaji, kesudahannya anda akan makan gaji. Sekiranya anda menetapkan untuk memulakan perniagaan sendiri berdasarkan bidang yang anda pilih, anda boleh memulakannya seawal bermulanya program degree anda nanti.

Written by Hanis Harun

Muhd Hanis Harun is a staff of Kolej MARA Poly-Tech (KPTM) who works as a System Developer in the Information Technology Department, KPTM Headquarters starting in early 2020. Previously, he served as a lecturer in Software Engineering at KPTM Batu Pahat Branch, since 2008.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

GIPHY App Key not set. Please check settings

One Comment

Study Oversea – Cara Melanjutkan Pelajaran ke Luar Negara

Susah Nak Kerja Kalau Belajar di KPTM?