in

Permohonan KPTM / KUPTM – Apa yang Anda Perlu Tahu?

Untuk makluman, permohonan KPTM / KUPTM di buka sepanjang tahun. Ini bermakna anda boleh mengisi borang permohonan pada bila-bila masa sahaja. Sekiranya layak, anda akan ditawarkan untuk kemasukan terhampir.

Kemasukan bagi KPTM dan KUPTM untuk program diploma dan degree adalah pada April, Julai dan November setiap tahun (tertakluk kepada perubahan). Jadi sekiranya anda mengisi permohonan pada bulan Ogos, anda akan ditawarkan untuk kemasukan November.

Permohonan KPTM / KUPTM boleh dibuat melalui website rasmi KPTM/KUPTM. Walau bagaimana pun, sekiranya anda memerlukan khidmat konsultansi lebih lanjut, anda juga boleh mengisi maklumat permohonan melalui website saya di sini: Borang Permohonan KPTM / KUPTM.

Ada Beza ke Permohonan KPTM Melalui Website Rasmi atau Melalui Website ini?

Sebenarnya tak ada perbezaan pun jika anda membuat permohonan terus di website rasmi KPTM. Walau bagaimana pun, sekiranya anda membuat permohonan melalui website saya, saya akan memantau permohonan anda dan proses akan lebih cepat.

Sekiranya terdapat kesalahan atau perlu perubahan maklumat pada permohonan, saya boleh uruskan. Jika tidak, anda perlu menghubungi bahagian kemasukan KPTM dan prosesnya mungkin akan mengambil masa.

Ssaya akan memberikan khidmat konsultasi percuma melalui Whatsapp sekiranya anda ada sebarang kemusykilan. Saya juga berkongsi maklumat tentang bidang pengajian sebagai rujukan.

Semakan Keputusan Sebelum Membuat Permohonan

Program yang ditawarkan di KPTM kebanyakannya mempunyai syarat kemasukan yang minima iaitu tiga kredit. Walau bagaimana pun, ada beberapa program yang memerlukan kredit untuk subjek matematik dan beberapa subjek lain.

Anda boleh membuat semakan kelayakan melalui website rasmi KPTM atau boleh menghubungi saya untuk membuat semakan. Terdapat satu kolej universiti iaitu KUPTM dan enam kampus cawangan di seluruh Malaysia iaitu di Alor Setar, Ipoh, Kuantan, Kota Bharu, Bangi dan Batu Pahat.

Program yang ditawarkan adalah berbeza bagi setiap kampus dan ada juga program yang sama.

Tatacara Permohonan KPTM

Anda boleh membuat permohonan terus melalui website permohonan KPTM dan permohonan adalah dibuka sepanjang tahun. Permohonan akan diproses dalam masa tiga ke lima hari waktu bekerja.

Semakan boleh dibuat melalui website semakan KPTM. Melalui website tersebut, anda boleh memuat turun surat tawaran dan dokumen yang diperlukan untuk dilengkapkan sebelum pendaftaran.

Sekiranya anda berjaya mendapat tawaran, anda perlu membuat bayaran pengesahan sebanyak RM100 (tertakluk kepada perubahan) bagi mengesahkan tempat. Pengesahan tempat ini adalah wajar kerana tawaran bagi setiap program adalah terhad.

Sekiranya program yang ditawarkan kepada anda telah penuh, anda boleh memilih untuk tukar ke program lain atau tukar ke kemasukan seterusnya.

Selepas membuat bayaran pengesahan, anda perlu membuat bayaran yuran pendaftaran sebanyak RM250 (tertakluk kepada perubahan). Setelah berjaya, anda diwajibkan untuk membuat pendaftaran secara online di website eRegister. Anda perlu melengkapkan segala butiran dan dokumen sebagai langkah terakhir sebelum anda bergelar pelajar KPTM.

Dokumen yang perlu disediakan sebelum anda membuat pendaftaran ialah seperti kad pengenalan, sijil SPM, sijil-sijil berkaitan secara SNAP-SHOT atau salinan digital untuk dimuat naik.

Sila ambil maklum tarikh-tarikh penting yang dimaklumkan pada surat tawaran supaya anda tidak terlepas untuk mendaftar.

Ilustrasi ini adalah bagi pendaftaran pelajar untuk sesi Julai 2021. Tarikh sesi pembelajaran adalah berbeza bagi sesi yang lain.

Setelah selesai pendaftaran, anda boleh membuat permohonan pinjaman pendahuluan MARA sekiranya perlu. Pinjaman pendahuluan ini diperuntukkan oleh MARA kepada pelajar-pelajar yang berkelayakan dan memerlukan biaya tambahan bagi menampung kos pendaftaran.

Anda boleh membaca artikel penuh yang saya kongsikan berkenaan pinjaman pelajaran MARA dan kelebihan pinjaman MARA.

Sekiranya anda berminat untuk tahu dengan lebih lanjut atau ingin membuat semakan kelayakan, boleh terus menghubungi saya.

Written by Hanis Harun

Muhd Hanis Harun is a staff of Kolej MARA Poly-Tech (KPTM) who works as a System Developer in the Information Technology Department, KPTM Headquarters starting in early 2020. Previously, he served as a lecturer in Software Engineering at KPTM Batu Pahat Branch, since 2008.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

GIPHY App Key not set. Please check settings

2 Comments

Hibah Takaful – Apa yang Perlu Anda Tahu?

Graphic Design

Graphic Design – Kerjaya Ideal atau Sebaliknya?