in

Pinjaman MARA – Senarai Penuh Pembiayaan Perniagaan MARA

pinjaman MARA

Pinjaman MARA: Berikut merupakan senarai penuh kemudahan pembiayaan perniagaan yang disediakan oleh MARA yang ramai tidak tahu. Kemudahan-kemudahan ini disedikan kepada segenap lapisan masyarakat mengikut kategori. Sekiranya anda berniat untuk memulakan perniagaan, boleh rujuk maklumat lanjut setiap pembiayaan.

Seperti mana yang kita sedia maklum, MARA merupakan sebuah agensi di bawah kerajaan yang ditugaskan untuk membangunkan ekonomi masyarakat terutamanya kalangan Melayu dan bumiputera. Justeru itu, pelbagai kemudahan yang disediakan oleh MARA bermula dari peringkat pengajian hinggalah ke pembangunan usahawan.

Terdapat pelbagai kemudahan pinjaman pelajaran yang disediakan oleh MARA untuk membantu masyarakat Melayu dan bumiputera. Tambahan pula syarat yang ditetapkan juga sangat minima dengan kadar bayaran balik yang sangat flexible.

Untuk artikel kali ini, kita lihat pula jenis-jenis pinjaman MARA yang dikhaskan kepada golongan yang ingin memulakan perniagaan.

Pinjaman PUTRA

PUTRA merupakan singkatan dari Program Usahawan Lepasan Institusi Pendidikan MARA / Belia. Pinjaman ini dikhaskan kepada pelajar lepasan Institusi Pendidikan MARA yang ingin menceburi bidang keusahwanan.

Permohonan terbuka kepada belia yang berumur 18 hingga 40 tahun dengan syarat telah menjalankan perniagaan tersebut selama 3 bulan dan menunjukkan potensi yang baik. Jadi pinjaman PUTRA ini merupakan salah satu cara untuk mengembangkan lagi perniagaan yang baru bermula.

Kadar pinjaman yang ditawarkan adalah sehingga RM10,000 dengan 0% faedah pinjaman.

Rujuk syarat dan cara mohon di sini: Pinjaman PUTRA

Skim OKU

Skim OKU merupakan pinjaman MARA yang dikhaskan kepada golongan kelainan upaya yang ingin berdikari untuk memulakan perniagaan sendiri. Pinjaman ini tidak menyaratkan kepada jenis perniagaan yang dijalankan, namun skop pinjaman tertakluk kepada 3 iaitu modal pusingan, pembelian mesin dan pengubahsuaian premis perniagaan.

Had pembiayaan yang ditetakan adalah maksima RM50,000 tanpa faedah atau kadar keuntungan. Sekiranya anda memiliki kad OKU atau kenal saudara mara yang ingin memulakan perniagaan, boleh cuba untuk memohon.

Boleh semak syarat penuh dan cara mohon di sini: Skim OKU MARA

SEMAi

SEMAi atau Skim Pembiayaan Lepasan IPMa merupakan skim pembiayaan yang dikhaskan kepada belia lepasan IPMa yang berhajat untuk memulakan atau mengembangkan perniagaan. Berbeza dengan PUTRA, peniagaan yang ditetapkan dalam SEMAi adalah yang lebih bersifat komersil dan had maksima pinjaman juga lebih tinggi iaitu RM50,000. Walau bagaimana pun, kadar keuntungan sebanya 4% juga dikenakan kepada peminjam.

Boleh semak syarat penuh dan cara mohon di sini: SEMAi

DanaNITA

Saya pasti skim ini adalah yang sangat dinantikan oleh kaum wanita. DanaNITA merupakan pinjaman MARA yang diwujukan bagi memperhebatkan penglibatan wanita dalam aktiviti keusahawanan, secara tidak langsung meramaikan golongan usahawan yang terdiri dari wanita.

Nama pun dana nita, jadi skim ini dikhaskan hanya untuk wanita sahaja. Walau bagaimana pun, sekiranya perniagaan dalam bentuk perkongsian, pemegang saham sebanyak 51% dalam perniagaan perlulah dimiliki oleh kaum wanita.

Jumlah pinjaman yang ditawarkan adalah maksima RM150,000 dengan kadar keuntungan sebanyak 3.5%

Boleh semak syarat penuh dan cara mohon di sini: DanaNITA

Haa, itu antara 4 kemudahan pinjaman MARA yang disediakan kepada bumiputera yang ramai tak tahu. Sebenarnya ada banyak lagi jenis pinjaman yang disediakan. Anda boleh semak sendiri di laman web MARA di sini: https://www.mara.gov.my/bm/menu_keusahawanan/kemudahan-sokongan/pembiayaan-perniagaan/

Written by Hanis Harun

Muhd Hanis Harun is a staff of Kolej MARA Poly-Tech (KPTM) who works as a System Developer in the Information Technology Department, KPTM Headquarters starting in early 2020. Previously, he served as a lecturer in Software Engineering at KPTM Batu Pahat Branch, since 2008.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

GIPHY App Key not set. Please check settings

    Program Bantuan eWallet 2024

    Program Bantuan eWallet 2024 : Kredit RM300 Sebulan Untuk B40

    the beekeeper

    ‘The Beekeeper’ Jason Statham Memang ‘Terlalu Menarik’ – David Ayer