Rasmi : Bantuan Kewangan RM2700 secara sekaligus (one-off) ditawarkan kepada mereka yang berkelayakan dan memerlukan. Untuk sedia maklum, inisiatif istimewa ini boleh dimohon oleh rakyat selagi menepati syarat yang telah ditetapkan.
RASMI : BANTUAN KEWANGAN RM2700 (ONE-OFF)
Pihak kerajaan melalui agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat telah memperkenalkan skim bantuan kebajikan pada tahun ini. Salah satu insentif yang ditawarkan dalam skim adalah bantuan geran pelancaran bernilai sehingga maksimum RM2700.
Perlaksanaan program khas ini masih diteruskan sehingga kini bagi membantu meringankan beban rakyat yang terjejas. Kepada pemohon yang lulus, mereka akan menerima insentif ini secara sekaligus maksimum RM2700 sebagai sumbangan.
TUJUAN PERLAKSANAAN BANTUAN KEWANGAN RM2700
Dengan adanya insentif khas geran pelancaran ini adalah bagi memperkasakan ekonomi golongan/ kumpulan sasar JKM yang lebih produktif. Serta mempunyai minat, potensi dan kemahiran untuk menjana pendapatan secara individu atau keluarga.
Program skim bantuan ini diadakan bagi mewujudkan pembangunan dan pengintergrasian untuk membantu klien mencapai matlamat kearah berdikari. Mereka yang kurang berkemampuan dan menepati terma serta syarat boleh kemukakan permohonan.
KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS BANTUAN KEWANGAN (GP)
Berikut adalah kriteria syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan bagi permohonan bantuan khas berjumlah RM2700 ini seperti dibawah :
- Permohonan dibuka untuk warganegara Malaysia sahaja
- Bermastautin di negera Malaysia
- Pendapatan tidak melebihi (PGK) Pendapatan garis kemiskinan, purata miskin isi rumah semasa atau purata miskin perkapita semasa
- Tergolong dalam golongan/ kumpulan sasar.
PANDUAN CARA DAFTAR PERMOHONAN BANTUAN GP
Bagi mereka yang berkelayakan dan memerlukan, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan manfaat yang ditawarkan oleh pihak JKM ini. Panduan lengkap telah disediakan, sila layari laman rasmi eBantuan JKM (Geran Pelancaran) – DI SINI
Untuk memudahkan urusan semakan permohonan dilakukan, individu perlu disediakan dokumen yang diperlukan seperi salinan kad pengenalan pemohon. Untuk butiran lebih terperinci anda boleh hubungi talian khas JKM di – 03 8000 8000 (Waktu bekerja).
MAKLUMAT LANJUT
Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan tunai telah diperkenalkan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan lengkap maklumat.