in

Susah Nak Kerja Kalau Belajar di KPTM?

Dalam post ni saya nak berkongsi sedikit sebanyak pengalaman dan apa yang saya tahu berkenaan dengan persoalan susah nak kerja kalau belajar di KPTM?

Persoalan ini sering timbul di kalangan ibu bapa, jiran-jiran dan siapa sahaja bila diberitahu berkenaan dengan KPTM. Untuk makluman pembaca, ideologi ini sudah lapuk dan tidak boleh digunapakai sama sekali.

Saya ingin menegaskan yang susah atau senang seseorang untuk mendapatkan pekerjaan setelah tamat belajar adalah terletak di atas usaha pelajar itu sendiri, bukan di mana dia menimba ilmu. Pada pendapat saya, susah dapat kerja lepas tamat belajar terletak atas pelajar tu sendiri. Belajar kat mana-mana pun sama je kalau pelajar tu sendiri tidak memanfaatkan peluang yang ada.

Kebanyakan syarikat sekarang bukan memilih di mana tempat belajar, tapi apa yang pelajar tu sendiri boleh sumbangkan untuk syarikat jika diambil bekerja. Jadi kelebihan pelajar tu sendiri memainkan peranan penting, bukan tempat belajar. Sewaktu belajar, pelajar didedahkan dgn kemahiran-kemahiran yang perlu ada, inisiatif pelajar sendiri utk memantapkan kemahiran tersebut. Makanan yang nampak sedap, belum tentu sedap dimakan, tak gitu?

Saya sendiri belajar di kptm peringkat diploma, ijazah juga di kptm, sekarang bekerja sebagai pensyarah di kptm dan sambung sarjana di IPTA. Ada lagi 2 org bekas pelajar kptm bekerja sebagai pensyarah di cawangan saya dan berpuluh-puluh lagi di cawangan lain. Jadi persepsi yang anda dengar tu semua sudah lapuk.

Kalau nak dikira, ramai juga graduan KPTM yang dah berjaya. Ada yang berkhidmat di sektor kerajaan, ramai di swasta, ada yang jadi polis dan ramai juga yang ada perniagaan sendiri. Saya tak nafikan ada juga yang bekerja dalam bidang yang tidak berkaitan dengan bidang yang mereka belajar dulu. Tapi bila dilihat dengan teliti, sebenarnya ada dikalangan mereka tidak betul-betul berminat untuk mendalami bidang tersebut. Jadi mereka memilih untuk menukar bidang kerjaya.

Bersikap positif dan berusaha sebaik mungkin, sekuat mana pun usaha kita, ingatlah yang rezeki tetap ditentukan Allah s.w.t. Mungkin anda boleh membaca post saya tentang Peluang Pekerjaan dan Bidang Pengajian untuk lebih jelas.

Untuk maklumat program dan kemasukan sila rujuk di sini: Permohonan KPTM

Written by Hanis Harun

Muhd Hanis Harun is a staff of Kolej MARA Poly-Tech (KPTM) who works as a System Developer in the Information Technology Department, KPTM Headquarters starting in early 2020. Previously, he served as a lecturer in Software Engineering at KPTM Batu Pahat Branch, since 2008.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

GIPHY App Key not set. Please check settings

2 Comments

    Pemilihan Kursus – Program Degree Tempatan

    Peluang Pekerjaan dan Bidang Pengajian