Educational Guide

Kerja Apa Gaji Tinggi Tanpa Degree? Pilihan Realistik Hingga 2027

Hampir setiap bulan, ada saja ibu bapa atau pelajar yang bertanya kepada saya:
“Encik Hanis, kerja apa gaji tinggi tanpa degree sebenarnya?”

Soalan ini datang daripada pelajar yang tak pasti masa depan, dan ibu bapa yang risau kos pengajian semakin meningkat. Dalam dunia kerja 2025 hingga 2027 nanti, hakikatnya ramai majikan tidak lagi memandang ijazah sebagai syarat utama — tetapi melihat kemahiran, pengalaman, dan kemampuan menyelesaikan masalah.

Dan ya, banyak kerja gaji tinggi tidak perlukan degree, malah ada yang bermula hanya dengan diploma atau sijil kemahiran TVET.

Dalam artikel ini, saya kongsikan realiti sebenar — tanpa janji manis — tentang kerja apa yang gaji tinggi tanpa degree, berdasarkan trend semasa, data industri, dan pengalaman saya membimbing pelajar.


1. Kenapa Ramai Cari Kerja Gaji Tinggi Tanpa Degree?

Ada beberapa sebab besar:

  • Kos degree semakin tinggi
  • Ramai ibu bapa B40 tak ada slip gaji untuk buat pinjaman
  • Pelajar nak masuk industri lebih cepat
  • Banyak kerja baru tercipta melalui teknologi
  • Syarikat lebih fokus kepada kemahiran daripada kertas

Kajian Jobstreet Malaysia juga menunjukkan bahawa semakin banyak majikan kini mengutamakan skill-based hiring.

Rujukan:
https://www.jobstreet.com.my/en/cms/employer/hr-news/skills-over-degrees/


2. Kerja Gaji Tinggi Tanpa Degree (2025–2027)

Berikut ialah senarai kerja yang benar-benar memberikan peluang gaji tinggi dalam 2–3 tahun akan datang.


a) IT Support / Junior Programmer / Technician

Gaji permulaan: RM2,200 – RM3,500
Gaji selepas 2–3 tahun: RM4,500 – RM7,000

Kenapa gaji tinggi tanpa degree?
✔ Demand tinggi
✔ Kekurangan tenaga Bumiputera
✔ Banyak syarikat SMEs baru guna sistem digital
✔ Boleh naik cepat jika rajin belajar skill teknikal

Rujukan:
https://www.dosm.gov.my
https://www.myfuturejobs.gov.my/

Boleh rujuk post saya sebelum ni:
Diploma Apa Senang Dapat Kerja Dalam 3 Tahun Akan Datang?


b) Digital Marketing / Social Media Executive / Content Creator

Gaji permulaan: RM2,000 – RM3,800
Gaji selepas 2–3 tahun: RM5,000 – RM8,000

Kenapa?
Kerana semua bisnes sekarang hidup atas media sosial. Graduan diploma + kemahiran editing video boleh naik cepat gila.

Rujukan:
https://www.mdec.my/
https://datareportal.com/


c) Graphic Designer / Video Editor / UI Designer

Gaji selepas 3 tahun: RM4,000 – RM7,000
Freelance pula boleh cecah RM8k–12k sebulan.

Bidang kreatif antara yang paling fleksibel tanpa degree.
Yang penting skill.


d) Technician (Electrical / Mechanical / Mechatronics / Automotive)

Gaji permulaan: RM2,000 – RM3,000
Gaji selepas 3 tahun: RM4,500 – RM7,000
Gaji offshore / oil & gas: RM8,000 – RM15,000

Inilah kelebihan bidang TVET.
Ramai tak tahu kerja teknikal lebih lumayan berbanding kerja pejabat.

Rujukan:
https://www.tvet.gov.my/

Rujuk post saya yang berkaitan:
Bidang TVET Apa Yang Ada Banyak Kerja? (coming soon)


e) Sales Executive (Property / Automotive / Insurance)

Gaji permulaan: RM2,000 + komisen
Potensi pendapatan: RM6,000 – RM15,000

Antara kerja yang tak perlukan degree, hanya perlukan keberanian bercakap dan minat berjumpa orang.


f) Admin / HR Assistant / Operations

Gaji permulaan: RM1,800 – RM2,500
Gaji selepas 3 tahun: RM3,500 – RM5,000

Bidang pentadbiran sentiasa hidup kerana setiap syarikat memerlukan tulang belakang operasi.


g) Data Technician / Reporting Assistant

Gaji permulaan: RM2,200 – RM3,800
Gaji selepas 3 tahun: RM5,000 – RM7,000

Tidak ramai diploma dalam data — sebab itu peluang gaji tinggi tanpa degree terbuka luas.


3. Kenapa Degree Bukan Satu-satunya Laluan Lagi?

Kerana dunia berubah.

Negara-negara seperti UK, Australia, dan Singapura sudah lama mengiktiraf lepasan diploma & TVET sebagai pekerja mahir.
Malaysia baru mula ikut jejak langkah ini.

Rujukan:
https://www.worldskills.org/
https://www.skillsfuture.gov.sg/

Dan jika lihat industri 2025–2027, apa yang majikan cari ialah:

  • Kemahiran teknikal
  • Kemahiran komunikasi
  • Pengalaman projek
  • Portfolio
  • Sijil profesional (Google, AWS, Cisco)

Bukan semata-mata degree.


4. Jadi… Apa Laluan Terbaik Untuk Pelajar Lepas SPM?

Jika pelajar atau ibu bapa tanya saya:

“Cik Hanis, apa jalan paling pantas untuk dapat kerja gaji tinggi walau pun tanpa degree?”

Jawapan saya mudah:

✔️ Ambil diploma bidang permintaan tinggi

(IT, Akaun, Business, Multimedia, TVET, Data)

✔️ Kumpul kemahiran tambahan

Editing, coding, communication, spreadsheet, AI tools.

✔️ Buat portfolio

Majikan lebih percaya pada hasil kerja berbanding kertas.

✔️ Sertai internship yang betul

Bukan sekadar “datang pejabat duduk diam”.

✔️ Sambung sijil profesional jika mampu

Contoh: Google Career Certificates (percuma melalui MyDigital)


5. Kesimpulan

Jawapan paling jujur:

Kerja gaji tinggi tanpa degree datang dari bidang yang industri benar-benar perlukan, dan pelajar sanggup belajar kemahiran tambahan.

Bidang paling kukuh untuk 2025–2027:

✔ IT
✔ Multimedia / Creative
✔ Digital Marketing
✔ Technician (TVET)
✔ Perakaunan
✔ Data & Analytics
✔ Sales

Degree membantu — tetapi bukan syarat wajib.

Yang penting:
Minat + skill + pengalaman + kesediaan untuk belajar.
Itulah kombinasi yang menentukan rezeki anak muda hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

GIPHY App Key not set. Please check settings

One Comment