in , ,

Bantuan eWallet 2024 : Pemberian RM300 Untuk Keluarga B40

Bingkas 2024 : Program Bantuan

Bantuan eWallet 2024 : Pemberian insentif bernilai RM300 sebulan ditawarkan dalam program bantuan kehidupan sejahtera. Untuk makluman, inisiatif istimewa ini adalah merupakan salah satu bantuan yang ada dalam belanjawan tahun ini.

BANTUAN EWALLET 2024

Pihak kerajaan negeri telah bersetuju untuk meneruskan perlaksanaan program khas yang dikenali sebagai bantuan kehidupan sejahtera atau Bingkas. Menerusi program khas ini, pemohon yang layak akan menerima insentif bantuan tambahan bernilai RM300 sebulan.

Pemberian bantuan istimewa ini tidak diberikan secara tunai, ianya disalurkan dalam bentuk ewallet setiap bulan. Amaun tersebut boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas harian di pasaraya dan kedai runcit berdaftar.

Pada tahun lalu, kerajaan negeri Selangor mensasarkan sekitar 30,000 keluarga akan dapat manfaat yang ditawarkan dalam program Bingkas ini. Kadar bayaran bantuan adalah secara bulanan pada nilai RM300 sebulan bersamaan RM3,600 setahun.

SYARAT LAYAK MOHON BANTUAN EWALLET 2024

Pihak berwajib telah menetapkan beberapa syarat kelayakan asas bagi mendapatkan manfaat dari bantuan khas bentuk ewallet ini seperti berikut :

  1. Warganegara Malaysia sahaja
  2. Keluarga yang mempunyai tanggungan anak dibawah umur 18 tahun
  3. Pendapatan isi rumah bulanan RM3,000
  4. Keluarga B40
  5. Pemilih berdaftar
  6. Lahir di Selangor atau telah menetap melebihi 10 tahun di negeri Selangor.

CARA DAFTAR PERMOHONAN BANTUAN EWALLET 2024

Sekiranya anda merupakan golongan yang memerlukan dan berkelayakan, permohonan boleh dikemukakan secara dalam talian. Panduan lengkap cara mohon telah disediakan, sila layari laman rasmi program kehidupan sejahtera – DI SINI

DOKUMEN PENTING YANG DIPERLUKAN

  • Salinan kad pengenalan diri (Pemohon dan pasangan) jika ada
  • Salinan sijil penceraian/ surat kematian/ laporan polis (Untuk ibu bapa tunggal)
  • Salinan kad pengenalan, surat kelahiran atau mykid (Tanggungan/ anak)
  • Salinan Slip penyata gaji untuk penjawat awam
  • Salinan penyata EA atau KWSP untuk pekerja swasta
  • Surat pengesahan pendapatan dari ketua komuniti untuk bekerja sendiri atau tidak bekerja

Nota : Anda juga boleh muat turun aplikasi Selangkah di telefon bimbit untuk ketahui lebih detail berkenaan bantuan khas ini.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan bagi membantu meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan lengkap.

Written by Admin Berita

bantuan kewangan bwe 2024

Bantuan Kewangan BWE 2024 : Syarat Kelayakan & Cara Mohon

Daftar PADU 2024

Daftar PADU 2024 : Kemaskini Maklumat Bagi Dapatkan Manfaat