in

Graphic Design – Kerjaya Ideal atau Sebaliknya?

Graphic Design

Bidang graphic design atau reka bentuk grafik merupakan satu bidang yang versatile dan mempunyai adaptibility yang tinggi dalam kebanyakan bidang lain. Secara jujurnya, selepas teknologi maklumat, bidang computer graphic design merupakan bidang pekerjaan independent yang paling saya minat.

Graphic design merupakan seni yang digunakan bagi menyampaikan mesej menggunakan visual dan typography sebagai perantara. Dalam istilah lain, graphic design menyampaikan idea atau mesej tertentu dengan cara visual.

Visual ini termasuklah logo, poster, susun atur website dan aplikasi termasuklah permainan video. Reka bentuk yang diolah adalah bertujuan untuk menyampaikan mesej sesuatu produk dan meningkatkan user experience, iaitu kebolehan untuk memahami sesuatu situasi berdasarkan visual.

Elemen Asas Reka Bentuk Grafik

Secara umumnya, graphic design mempunyai elemen-elemen asas seperti warna, bentuk, garisan, tekstur, ruangan kosong dan sebagainya. Sentuhan kreativiti diperlukan bagi mengoleh elemen-elemen ini supaya nampak menarik dan dapat menyampaikan mesej yang jelas.

Selain itu, graphic design juga menggabung beberapa prinsip design bersama setiap elemen seperti contrast, balance, proportion, rhythm dan sebagainya.

info graphic design

Gambar di atas merupakan sebuah infografik yang dikeluarkan oleh KKM bagi menggambarkan atau menyampaikan mesej berkenaan aktiviti yang boleh dibuat ketika PKP. Ia direka supaya setiap lapisan masyarakat dapat memahami dengan mudah mesej yang ingin disampaikan.

Computer Graphic Design

Pada asasnya proses menghasilkan grafik adalah melalui lukisan yang menggabungkan elemen-elemen asas dan prinsip graphic design. Ini dilakukan melalui kaedah melukis secara manual menggunakan pensel dan warna.

Walau bagaimana pun dengan perkembangan teknologi komputer, kerja-kerja merekabentuk grafik telah banyak menggunakan perisian komputer seperti Adobe bagi kebanyakan grafik, poster, animasi dan video.

Justeru itu, keperluan memahirkan diri menggunakan tools seperti ini adalah sangat penting selari dengan perubahan zaman. Jika dahulu kebanyakan artis animasi melukis setiap pergerakan watak kartun, namun sekarang proses animasi menjadi lebih mudah dengan menggunakan perisian komputer.

mickey mouse storyboard

Artis perlu membuat lakaran setiap pergerakan watak kartun sebelum ianya dapat digerakkan melalui proses animasi. Dengan menggunakan perisian komputer, proses ini menjadi lebih mudah dan cepat. Animasi yang dihasilkan juga lebih cantik dan berkualiti.

computer Graphic Design

Adakah Computer Graphic Design Kerjaya Ideal?

Sekiranya anda mempunyai minat yang tinggi dalam penghasilan grafik, poster, animasi, video dan hal-hal berkaitan reka bentuk grafik dan mempunyai daya kreativiti yang tinggi, kerjaya sebagai seorang graphic designer adalah kerjaya sangat sesuai.

Bidang grafik merupakan salah satu cabang seni yang berupaya berasimilasi dengan banyak bidang lain. Sebagai contoh, bidang aplikasi memerlukan graphic designer untuk merekabentuk paparan pengguna (user interface).

Bidang perniagaan memerlukan reka bentuk logo, website dan sebgaianya. Khidmat pereka grafik juga diperlukan bagi menghasilkan watak dan karakter dalam industri animasi mahu pun permainan video.

Bidang Pengajian

Ada banyak kolej dan universiti menawarkan diploma dalam bidang ini seperti Lim Kok Wing, MSU, TAR UC dan UiTM. Walau bagaimana pun kebanyakan struktur pengajian dan subjek yang diajar lebih fokus kepada ilustrasi dan animasi.

KPTM Batu Pahat menawarkan proram diploma in computer graphic design yang pada asasnya mencakupi ilustrasi grafik, fotografi, animasi dan penghasilan video. Jadi skop pengajian anda akan lebih terbuka dan luas.

Tidak semestinya anda menjadi animator, anda boleh memilih untuk menjadi photographer, videographer dan sebagainya. Jadi peluang pekerjaan anda selepas tamat belajar adalah lebih terbuka.

Lepasan diploma in computer graphic design juga layak untuk menyambung pengajian di mana-mana universiti awam di dalam negara. Bahkan ramai juga yang telah menyambung pelajaran ke peringkat degree di luar negara. Yang bekerja dan mempunyai perniagaan sendiri pun ramai. Pendek kata, ramai yang dah berjaya.

Graphic Design student

Sekiranya anda mempunyai minat dalam graphic design dan kreativiti yang tinggi, bidang ini merupakan bidang yang sesuai untuk anda ceburi. Kerjaya dalam bidang ini mempunyai hala tuju dan permintaan yang tinggi dari masa ke semasa.

Written by Hanis Harun

Muhd Hanis Harun is a staff of Kolej MARA Poly-Tech (KPTM) who works as a System Developer in the Information Technology Department, KPTM Headquarters starting in early 2020. Previously, he served as a lecturer in Software Engineering at KPTM Batu Pahat Branch, since 2008.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

GIPHY App Key not set. Please check settings

    Permohonan KPTM / KUPTM – Apa yang Anda Perlu Tahu?

    Cara Buat Blog – Bina Hartanah Maya Anda Hari Ini